Posts

Showing posts from November, 2011

Penginapan Homestay Untuk Pendaftaran Politeknik Dungun

Image
Merujuk sumber laman web Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, pengajian pelajar sesi Disember 2011 akan bermula pada 18hb Disember 2011.  Pihak kami ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada bakal pelajar yang akan mendaftar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.  Semoga mendapat ilmu yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya di masa mendatang. Homestay Muslimah mengalu-alukan para ibubapa untuk bertamu menginap di sini.  Kami menawarkan penginapan dengan harga yang berpatutan dan berdekatan dengan pantai (100-150meter) untuk keselesaan pengunjung.  Silalah tempah lebih awal untuk melicinkan lagi urusan pendaftaran di Politeknik Dungun nanti.

Beraya Idil Adha di Dungun

Hari Raya Aidiladha ( عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s. w.t. Kami di Homestay Muslimah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idil Adha kepada tetamu tetamu yang pernah menginap di Homestay Muslimah dan juga pengunjung web log ini.  Kepada yang berada di tanah suci, semoga mendapat yang terbaik.  Kepada yang melakukan

Penginapan untuk Pendaftaran Pelajar Baru Pra Diploma/ Diploma UITM Dungun

Berdasarkan kalendar akademik untuk sessi pengajian diploma/pra diploma, para pelajar akan mula mendaftarkan diri bermula November 2011.  Sessi pengajian semester ini akan berakhir pada Mac 2012.  Berdasarkan kalendar aktiviti akademik yang dikeluarkan Bahagian Akademik UITM tarikh pendaftaran pelajar adalah seperti berikut : 1.  Pendaftaran Kolej Pelajar Baru Sepenuh Masa  (16 November 2011) 2.  Pendaftaran Pelajar Baru Sepenuh Masa (Akademik)  (17 November 2011) 3.  Pendaftaran Kolej Pelajar Lulusan Pra Diploma UITM (Penerapan)  (20 November 2011) 4.  Pendaftaran Kolej Pelajar Lama  (20 November 2011) 5.  Pendaftaran Pelajar Lama e-PJJ (19 November 2011) 6.  Tarikh Akhir Pendaftaran Pelajar Baru Tawaran Kedua dan Lulusan Peperiksaan Khas  (2 Disember 2011) Pihak Homestay Muslimah mengalu-alukan kedatangan para pelajar berserta keluarga dan menawarkan penginapan dengan harga yang berpatutan. Berhubunglah dengan kami lebih awal untuk mendapatkan penginapan yang selesa dan berdekatan

Roti Paung Special Dungun

Image
Jika anda berkunjung ke Dungun, anda bolehlah mencuba Roti Paung Panas Special Dungun.  Seperti saya, ramai juga tetamu Homestay Muslimah yang sukakan paung panas ini. Pelbagai inti di dalam samada planta, kacang, kaya dan kelapa. (saya syorkan planta/kaya) Papan tanda di luar premis jualan, kalau papan tanda ini ada kat luar, tandanya roti paung sedia untuk jualan Harga cuma RM2.50 untuk setiap jenis inti samada planta, kacang, kaya atau kelapa Roti Paung yang sudah masak dibakar, disimpan di dalam bekas untuk mengekalkan kepanasan. Roti Paung saya sedang disediakan Dibungkus panas-panas! Pelbagai inti dengan kod rahsia? dengan warna berbeza Bermula dengan membakar secara manual dan beralih ke satu oven yang lebih besar. (ketika saya menulis entri ini, oven dah bertambah menandakan tiada lagi pulang dengan hampa kerana kehabisan roti! Apa Yang Menarik di Roti Paung Special * Bisnes yang fokus * Roti paung sentiasa panas dan lembut * Pelbagai jenis inti ya

Homestay Muslimah 2

Image
Homestay Muslimah 2 ini terletak di No 15 Taman  Selasih Perdana 3, Kg Sura Tengah 23000 Dungun.  Lokasinya berkembar dengan Homestay Muslimah 1 menjadikannya sesuai untuk ditempah untuk penginapan berasingan antara lelaki dan perempuan terutamanya untuk tujuan kenduri.  Jaraknya lebih kurang 100 meter dari pantai dan di sebelah Sekolah Menengah Sura, Dungun. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Terdapat ruang tamu, ruang keluarga, dapur dan beranda.  Kawasan halaman dengan set meja taman untuk aktiviti keluarga terutama untuk berbecue dan sebagainya. Jika anda memerlukan rumah dua buah aircond anda boleh memilih homestay muslimah 2 ini Kelengkapan homestay di dungun ini adalah : Bilik Tidur Utama : Bilik air, almari pakaian, satu katil, tilam queen size dan air cond Bilik Tidur Kedua : Satu katil dan tilam queen size Bilik Tidur Ketiga : 1 Katil dan tilam queen dan aircond Ruang Keluarga : Sofa, tv Dapur :  dapur, tong gas dan peralatan asas me