Program Sekolah di Motel Tanjung Jara

Bertempat di Motel Tanjung Jara pada 11 April hingga 13 April yang lalu, pihak Sekolah Rendah Islam Al Amin telah mengadakan program Kem Matematik untuk para pelajar tahun enam yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.  Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman dan kecemerlangan pelajar tersebut di dalam mata pelajaran matematik.

Program anjuran Sekolah Rendah Islam Al Amin sudah tidak asing lagi di Motel Tanjung Jara.  Dalam tahun ini pihak pentadbir sekolah telah beberapa kali menganjurkan program pelajar dan juga program untuk kakitangan samada dalam bentuk kem pendidikan ataupun usrah.  


Carta pencapaian pelajar dan biodata pelajar 

Waktu rehat ketika pelajar bersantai
Kelompok kecil pelajar bersama Mualimah 

Kumpulan kecil pelajar menyiapkan tugasan di bawah seliaan Mualimah
Latih tubi bersama rakan dan Mualimah
 
 Deretan kereta pengunjung samada ibubapa dan guru di halaman Motel Tanjung Jara

Jika anda berhasrat untuk merealisasikan program program sekolah di dalam skala kecil bolehlah hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut di 019 918 0401 (yusran) dan 013 902 3060 (salbiah) atau email kami di homestaymuslimah@gmail.com.  Kami akan memudahkan urusan anda

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Al Amin 1 dungun

Homestay Dungun : Sewa Bilik Di Chalet Ummi

Homestay Dungun : 9 Bilik Aircond di Ummi Chalet Dungun berwajah baru (Januari 2015)