Pesta Candat Sotong di Dungun
Seperti diramalkan oleh otai-otai yang terlibat dalam industri perikanan, tahun ini bakal menjanjikan tahun mencandat sotong yang menarik. Pada tahun-tahun sebelum ini, candat sotong gagal memberikan hasil yang baik. Namun, menurut cerita mereka yang telah keluar mencandat pertengahan bulan ini, terutama di Kuala Terengganu atau Marang, hasil yang di dapati menjangkau 30kg untuk kategori bot fiber yang memuatkan dua orang pemancing. Biasanya bot ini akan membawa pemancing ke tempat sotong bersarang. Jarak inilah yang menentukan harga tambang untuk mencandat sotong ini. Pemancing akan turun ke laut selepas waktu asar dan akan pulang pada waktu pagi keesokan harinya bergantung kepada hasil tangkapan. Jika ingin mencari pengalaman dan tidak pasti samada mabuk laut ataupun tidak, bolehlah memilih untuk menggunakan khidmat bot yang kecil. Jika anda mabuk laut (seperti saya), boleh balik awal dan tidak menyusahkan rakan-rakan lain yang tegar dan ampu...