Penginapan Homestay Untuk Pendaftaran Politeknik Dungun

Merujuk sumber laman web Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, pengajian pelajar sesi Disember 2011 akan bermula pada 18hb Disember 2011. Pihak kami ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada bakal pelajar yang akan mendaftar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Semoga mendapat ilmu yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya di masa mendatang. Homestay Muslimah mengalu-alukan para ibubapa untuk bertamu menginap di sini. Kami menawarkan penginapan dengan harga yang berpatutan dan berdekatan dengan pantai (100-150meter) untuk keselesaan pengunjung. Silalah tempah lebih awal untuk melicinkan lagi urusan pendaftaran di Politeknik Dungun nanti.