Posts

Showing posts from August, 2012

Homestay dungun :homestay Al amin dungun

Image
Ingin mencari Homestay di Dungun? Berkunjung di Dungun dan memerlukan penginapan untuk satu keluarga atau lebih? Rangkaian mukmin accommodation menawarkan pelbagai pilihan homestay untuk dicuba.  Homestay Al amin ini terletak di Taman Sura Jetty 2.  Ia terletak di kawasan yang aman dan merupakan taman perumahan yang baru dibuka.  Lokasinya terletak berdekatan dengan pantai dan Masjid Lama Sura serta SMK Sains Dungun. Peta Lokasi Ruang garaj kereta Pandangan sisi hadapan Ruang tamu dengan tv dan set kerusi Ruang makan Untuk pengunjung yang memerlukan homestay untuk pendaftaran pelajar UITM Dungun atau pendaftaran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, Homestay Al amin 1 ini menawarkan rumah berkembar dengan 3 bilik tidur, sebuah bilik utiliti, dapur serta ruang tamu. Bilik master dilengkapi dengan aircond dan kipas siling. Bilik kedua dan ketiga dengan kipas siling. Garajnya boleh memuatkan 2 biji kereta.    Bilik master Bilik

Makan Makanan Laut di Kuala Kemaman

Image
Jika anda sedang dalam perjalanan ke Dungun untuk menginap di Homestay Muslimah, sudi-sudikanlah untuk singgah di Kuala Kemaman.  Kuala Kemaman memang terkenal dengan hasil laut seperti keropok lekor, keropok keping, hasil laut kering dan istimewanya satar, otak-otak dan pais.  Sekiranya anda bertolak dari Lembah Kelang pada waktu pagi, kebarangkalian tiba di Kuala Kemaman adalah lebih kurang pukul 12 tengahari hingga ke pukul 2 petang. Pada kebiasaannya waktu inilah amat sesuai untuk menjamu selera makanan laut terutamanya di Kuala Kemaman.   Jika anda datang dari arah Kuantan, anda akan menempuh Kuala Kemaman sebelum memasuki bandar Chukai.  Mercu tanda untuk ke Kuala Kemaman adalah Masjid Geliga.  Namun demikian, boleh juga mengambil jalan di tepi stesen minyak di simpang empat yang terdapat label ke INTAN Wilayah Timur di sebelah kanan. Terdapat beraneka jenis makanan seperti keropok keping, keropok lekor, satar, otak-otak dan pais.  Di sini saya ingin kongsikan dengan

Penginapan Rombongan Kenduri Dungun di Homestay Muslimah 5

Image
Mencari penginapan untuk kenduri di Dungun? Jika satu masa dahulu, urusan kenduri yang melibatkan dua bakal pengantin yang berbeza negeri agak sukar untuk diuruskan. Ini kerana kesukaran untuk mendapatkan penginapan untuk urusan persiapan rombongan.  Kini dengan adanya homestay yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan, maka urusan tersebut kini semakin mudah.  Jika anda memerlukan penginapan untuk kenduri di Dungun, Homestay Muslimah menawarkan pakej penginapan yang sesuai mengikut keperluan anda.   Homestay Muslimah 5 telah beroperasi bermula 24 Ogos 2012.  Rumah sesebuah ini merupakan rumah dengan 4 bilik separa kayu yang telah diubahsuai menjadi homestay yang mampu untuk menampung jumlah keluarga yang agak besar.   Antara kelebihan Homestay Muslimah 5 ini adalah kedudukannya di 9A Lorong Kenanga yang terletak berdekatan bandar Dungun. Jaraknya dari Pantai Teluk Lipat kurang dari 100 meter.  Kawasan letak kereta di dalam pagar rumah ini boleh memuatkan antara 9 sehing

Kedai Barangan Halal Dungun

Image
  Jika anda mencari cari kedai runcit yang menjual barangan halal, silalah berkunjung ke I-deal Halal Mart.  Premis ini beralamat di Jalan Baru Pak Sabah,  Taman Omar Al Khattab.  Secara online boleh juga layari di facebook.com/idealhalalmart.  Pemilik premis ini adalah Mohamad Fadhil Husin begitu gigih mengusahakan perniagaan yang hanya berfokuskan barangan yang dijamin 100% halal. Kawasan tempat letak kereta yang mencukupi Pelbagai barangan makanan, majalah dan buku islamik Produk kesihatan dari Era Edar Marketing seperti Examo dan Salindah Produk cucian, toiletris buatan muslim Produk makanan halal dari luar negara dan dalam negara Jika anda sebelum ini sukar untuk mendapatkan ayam organik terutamanya keluaran Az Zain, bolehlah datang ke sini. Kebiasaannya bekalan ayamnya berkala dan tidak putus. Terdapat juga produk sejuk beku lain seperti karipap segera, bebola ikan, sotong yang diproses oleh syarikat muslim.  Selain itu, terdapat pelbagai

Aidil Fitri Di Dungun

Bersempena kedatangan Hari Raya Aidil Fitri pada 2012 ini, pihak Homestay Muslimah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog kami ini dan juga tetamu Homestay Muslimah serta Motel Tanjung Jara.   Pihak kami amat berharap agar anda semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dilimpahi rahmat ketika pulang beraya di kampung halaman masing masing.  Semoga anda semua selamat tiba di destinasi pulang dan kembali semula ke perantauan.   Sebelum mula bertolak, harap dapat pastikan kenderaan kita telah berada dalam keadaan tip top . Matikan juga suis suis yang tidak perlu.  Boleh juga hidupkan suis lampu tertentu.  Baik juga jika dicabut kepala gas dari balang gas, takut berlaku kebocoran pula.  Jangan lupa setiap kali memulakan perjalanan anda dengan doa meninggalkan rumah agar dilindungi dan juga doa naik kenderaan.  Insya Allah selamat. Jika mengantuk, bolehlah berehat atau tidur di tempat yang selamat.  Pesanan buat pasangan, pastikan chaffeur anda

Sewaan Bilik di Motel Tanjung Jara

Image
Jika anda berkunjung ke Dungun, anda boleh mencuba untuk menginap di Motel Tanjung Jara yang beralamat di 5622 Jalan Tanjung Jara, 23050 Dungun.  Motel Tanjung Jara mempunyai 3 buah bilik. Dengan persekitaran yang aman, tenteram dan sunyi pasti memberikan keselesaan kepada anda untuk menginap di sini.  Sesuai juga untuk percutian keluarga, berbulan madu, reunion rakan lama, penginapan untuk menghantar anak ke uitm dungun, politeknik dungun serta Pulapol di Rantau Abang. Bersempena dengan bulan Syawal yang menjelang tiba ini, kami menawarkan harga promosi yang pastinya dapat menarik minat anda untuk menginap di sini. 3 pilihan bilik untuk dicuba dengan harga yang murah pastinya dapat memberikan kenangan manis anda apabila berkunjung ke Dungun. Hanya RM 80 sebilik. Sesuai until 4 orang.   Bilik 1 Ruang tamu bilik 1   Terdapat Satu katil saiz king dan satu katil saiz queen Bilik 2 Bilik 6

Motel Tanjung Jara

Image
Motel Tanjung Jara mula beroperasi pada awal Ramadhan 2012.  Ia terletak di Tanjung Jara, Dungun  di lokasi yang hanya beberapa meter dari Tanjung Jara Resort. Dengan adanya jambatan yang menghubungkan Seberang Pintasan dengan bandar Dungun, jarak untuk ke Tanjung Jara dari bandar Dungun telah disingkatkan. Penduduk yang dipisahkan oleh sungai Dungun ini boleh ke bandar Dungun dalam beberapa minit sahaja dan jarak yang lebih dekat berbanding dari Kampung Sura ke bandar Dungun. Pemandangan dari jambatan yang menghubungkan bandar Dungun dengan Seberang Pintasan. ( Gambar dari blog Harikeluargadunsura.blogspot.com ) Motel Tanjung Jara ini merupakan dua buah banglo beralamat di 5622 Jalan Tanjung Jara, 23050 Dungun. Sebelum ini ia dikenali sebagai Johannes Villa & Guest House yang dioperasikan oleh Bunyamin Abu Qasim atau Ben.   Tempahan mula dibuka sekarang. Kami menawarkan 3 buah bilik untuk sewaan harian.