Pengenalan
Homestay Muslimah 1 mula dioperasikan pada Mac 2011. Lokasi terletak bersebelahan dengan SMK Sura, Dungun Terengganu. Jarak dari pantai Laut China Selatan lebih kurang 100m. Bolehlah berjalan kaki ke pantai.
Jarak lebih kurang 1km untuk ke UITM Dungun. (Ramai tetamu yang menginap untuk tujuan berurusan dengan UITM samada konvokesyen, melawat anak belajar ataupun perniagaan). Selesa juga untuk berurusan dengan Politeknik Dungun, Sekolah Menengah Teknik Dungun, Sekolah Menengah Agama Imtiaz Dungun dsb.
Ada juga tetamu yang menginap untuk menjalankan aktiviti memancing di laut samada menempah bot ke laut ataupun memancing di tepian pantai. Biasanya waktu memancing ataupun pesta mencandat sotong bermula lewat bulan April sehinggalah menjangkau bulan Oktober
Assalamu'alaikum,
ReplyDeleteBerapa bayaran yang dikenakan untuk 1 malam? Terima kasih.
Bayaran semalam Rm160.00. terima kasih
ReplyDelete