Berkelah di Pantai Dungun
Jika anda berkunjung ke Dungun, samada untuk berurusan di uitm dungun, politeknik dungun, majlis perkahwinan atau apa sahaja urusan dan tugasan, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan pantainya.
Kami ingin berkongsi dengan anda keindahan pantai di Kampung Kuala Abang yang terletak di luar bandar Dungun. Dari Homestay Muslimah, anda akan menuju ke Kuala Dungun dan melepasi jalan ke kampung Seberang Pintasan. Selepas itu anda akan melalui Tanjung Jara dan seterusnya ke Kampung Kuala Abang.
Di Kampung Kuala Abang, sila masuk ke simpang kanan ke klinik Kuala Abang. Selepas itu, ambil simpang yang pertama ke kiri pantai.
Pemandangan dari pantai menghala ke Pantai Tanjung Jara
Kawasan pantai yang luas sesuai untuk berkelah dan berbecue
Agak sesuai untuk mandi manda tetapi tidak pasti bahaya atau tidak. Keadaan pantai agak landai hingga ke tengah laut
Berdasarkan google maps, jaraknya adalah 18km. Tetapi jika melalui jambatan baru, jaraknya adalah lebih kurang 12km sahaja.
Berdasarkan pengalaman saya, tempat ini amat sesuai untuk mandi manda, berbecue ataupun sebarang aktiviti dalam jumlah yang ramai. Kawasan pantai ini bukanlah merupakan pantai yang menjadi tumpuan ramai seperti Pantai Teluk Lipat, Pantai Teluk Gadong atau Pantai Teluk Bidara. Untuk memancing pantai rasanya lebih sesuai dilakukan di hujung pantai ini di Tanjung Jara di selatan atau di Batu Pelanduk yang terletak di utara pantai ini. Apapun anda dinasihatkan supaya mengambil langkah keselamatan sekiranya ingin melakukan sebarang aktiviti di sini.
Comments
Post a Comment