Pertandingan Petanque di Dungun

Jika anda berkunjung ke Dungun, di samping anda menikmati keindahan pemandangan pantai dan mandi manda di Teluk Bidara. Anda boleh juga merancang trip memancing samada di sekitar Pulau Tenggol ataupun hingga ke pelantar minyak.  Selain itu, boleh juga mencandat sotong berhampiran pantai sekitar Dungun.

Antara tarikan lain di Dungun adalah Petanque, yang merupakan sejenis permainan berasal dari Perancis.  Jika permainan tradisional Melayu, ia lebih mirip kepada guli. Perbezaan peralatannya adalah ia menggunakan bola besi sebesar lebih kurang bola tenis dan tidak menggunakan lubang.  Sebaliknya ia menggunakan bola kayu atau getah yang dipanggil Jack.  Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungi laman ini

Daerah Dungun kerap menjadi tuan rumah sukan ini. Contohnya kejohanan SUKMA ketika Terengganu menjadi tuan rumah, Kejohanan Petanque Terbuka Terengganu dll.  Jika anda peminat sukan ini, bawalah peralatan petanque anda untuk beriadah bersama rakan dan keluarga di gelanggang petanque ini samada di waktu siang ataupun malam hari.


Pada 14 hingga 16 Februari 2014, berlangsung satu Kejohanan Petanque Jabatan Penjara Malaysia anjuran Pusat Koreksional Dungun.
Jabatan Penjara Kajang, Seberang Perai, Jelebu berkampung di Homestay Muslimah Dungun

Hari Kejohanan












Pihak Homestay Muslimah Dungun mendoakan semoga kunjungan anda semua ke sini memberikan kenangan manis untuk dibawa pulang.

Jika anda ingin turut sama mengadakan program sukan dalam jumlah yang besar seperti ini, sudilah hubungi kami untuk urusan penginapan.  Kami akan berusaha untuk memudahkan urusan anda di Dungun.  Kami boleh dihubungi di 019 918 0401 (Yusran) dan 013 902 3060 (Sal)


Comments

Popular posts from this blog

Homestay Al Amin 1 dungun

Homestay Dungun : Sewa Bilik Di Chalet Ummi

Homestay dungun ::Homestay muslimah 7