Saturday, 13 April 2013

Program Sekolah di Motel Tanjung Jara

Bertempat di Motel Tanjung Jara pada 11 April hingga 13 April yang lalu, pihak Sekolah Rendah Islam Al Amin telah mengadakan program Kem Matematik untuk para pelajar tahun enam yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.  Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman dan kecemerlangan pelajar tersebut di dalam mata pelajaran matematik.

Program anjuran Sekolah Rendah Islam Al Amin sudah tidak asing lagi di Motel Tanjung Jara.  Dalam tahun ini pihak pentadbir sekolah telah beberapa kali menganjurkan program pelajar dan juga program untuk kakitangan samada dalam bentuk kem pendidikan ataupun usrah.  


Carta pencapaian pelajar dan biodata pelajar 

Waktu rehat ketika pelajar bersantai
Kelompok kecil pelajar bersama Mualimah 

Kumpulan kecil pelajar menyiapkan tugasan di bawah seliaan Mualimah
Latih tubi bersama rakan dan Mualimah
 
 Deretan kereta pengunjung samada ibubapa dan guru di halaman Motel Tanjung Jara

Jika anda berhasrat untuk merealisasikan program program sekolah di dalam skala kecil bolehlah hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut di 019 918 0401 (yusran) dan 013 902 3060 (salbiah) atau email kami di homestaymuslimah@gmail.com.  Kami akan memudahkan urusan anda

Saturday, 30 March 2013

Roomstay Muslimah

Menempah penginapan bilik di Dungun?  Jika anda berkunjung ke Dungun dan memerlukan penginapan untuk jumlah yang kecil, anda bolehlah menempah bilik di Homestay Muslimah.  Terdapat dua buah bilik yang disediakan berhampiran Homestay Muslimah 5.  



Jika anda berkunjung dalam bilangan yang ramai pula, anda boleh menempah Homestay Muslimah 5 yang menjadikan jumlah bilik yang boleh ditempah sebanyak 7 bilik.

Penginapan ini amat sesuai sekiranya anda dalam rombongan bas terutamanya rombongan pelajar dengan bas yang ingin berkunjung ke Dungun.  Jika datang berkereta, ruang halaman berpagar boleh menempatkan sejumlah besar kereta ahli rombongan.  



Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi kami di 019 918 0401 (yusran) atau 013 902 3060 (sal).  Kami akan sedaya upaya memudahkan urusan penginapan anda di Dungun :)

Monday, 25 March 2013

Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Kali Ke 10


Pihak Pengurusan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun bakal mengajurkan Istiadat Konvokesyen Kali ke 10.  Tarikh konvokesyen akan bermula pada  2 April hingga 3 April 2013.  Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Politeknik Dungun di http://www.psmza.edu.my/ms/ ataupun tentang istiadat konvokesyen di http://apps2.psmza.edu.my/e_konvo/.  

Pihak Mukmin Accomodation ingin mengucapkan selamat berkonvokesyen untuk graduan politeknik dan khasnya kepada graduan yang menginap di rangkaian penginapan kami.  Doa kami semoga anda semua selamat di dalam perjalanan datang dan pulang.  Semoga ini menjadi titik tolak kepada siri kejayaan anda semua.

Jika anda masih belum mempunyai penginapan ketika majlis konvokesyen nanti, bolehlah hubungi pihak kami untuk tempahan.  Jika rangkaian penginapan kami telah penuh, kami amat berbesar hati untuk menawarkan penginapan rakan-rakan kami yang lain.  Hubungi kami 019 918 0401 (yusran) 013 902 3060 (salbiah), kami mudahkan urusan anda di Dungun.

Idaman Perantau

Penginapan Idaman Perantau ini bermula pada 23hb Mac 2013.  Terletak di Jalan Gong Pasir - Balai Besar, Dungun. Terdapat 4 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air.  Sesuai untuk penginapan rombongan yang besar samada majlis kenduri atau lawatan.  

Setiap bilik tidur dilengkapi dengan satu katil queen dan satu katil single. 
Terletak di Tingkat 1 Bangunan Rumah Kedai

Bilik 1
Bilik 2
Bilik 3
Bilik 4

Ruang Tamu
Ruang Tamu & Bilik Air 1

Ruang Dapur dan Bilik Air 2


Bilik Air 2


 Untuk tempahan atau pertanyaan boleh hubungi kami di 019 918 0401 (yusran) dan 013 902 3060 (salbiah).


Sunday, 10 February 2013

Mukmin Beach Homestay 1

Mukmin Beach Homestay 1 adalah merupakan ahli terbaru bersama-sama dengan Kumpulan Homestay Muslimah dan Motel Tanjung Jara.  Kesemuanya ini diuruskan di bawah Mukmin Accomodation bermula Januari 2013. 

Mukmin Beach Homestay beralamat di No 1 Jalan Pantai Sura Jetty 2300 Dungun Terengganu.  Ia mula beroperasi bermula cuti Tahun Baru Cina 2013.  Lokasinya mengadap Laut Cina Selatan dan merupakan homestay kami yang paling hampir dengan laut dan bandar Dungun.  


Ia merupakan sebuah banglo dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.  Kesemua bilik tidur dengan katil queen size.  Ruang tamu dengan sofa dan tv.  Dilengkapi juga dengan dapur untuk tujuan memasak.  Halaman homestay boleh memuatkan lebih kurang 3 ke 4 buah kereta.

Homestay ini amat sesuai untuk tetamu yang berkunjung ke Dungun yang ingin menikmati suasana nyaman di tepian pantai.  Anda boleh berehat di halaman homestay untuk menikmati suasana matahari terbit dengan tiupan bayu dan bunyi ombak menghempas pantai.  

Perlu diambil perhatian, kawasan pantai di sini tidak sesuai untuk melaksanakan aktiviti mandi manda ekoran hakisan di Pantai Teluk Lipat ini.  Sehingga kini, kerja-kerja menambak pantai sedang giat dijalankan.  Namun, ia tidak menghalang untuk tetamu menikmati suasana pemandangan pantai yang nyaman ini.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, sudilah kiranya anda hubungi Cik Siti di talian 019  935 2364  ataupun En Yusran di 019 918 0401 atau Pn Salbiah di 013 902 3060.

Monday, 1 October 2012

Peluang Perniagaan Bersama Homestay Muslimah



Homestay Muslimah telah mula beroperasi sejak Mac 2011.  Matlamat utama kami adalah menyelesaikan masalah muslimin dan muslimat yang bermusafir di Dungun yang memerlukan penginapan keluarga yang selesa dan berpatutan.  

Kami bermula dengan sebuah rumah berkembar dan kini semakin berkembang seiring dengan keperluan semasa.  Selaras dengan hasrat hati kami untuk mengembangkan perniagaan kami, pihak kami berbesar hati untuk menjemput mana-mana pihak yang mempunyai kediaman di sekitar bandar Dungun untuk bersama kami.

Setakat ini, kami telah mempunyai 7 buah rumah dengan beberapa rakan yang bersama kami melaksanakan joint venture.  Terdapat pelbagai pilihan kerjasama mengikut persetujuan bersama.

Jika anda berminat, sudilah kiranya menghubungi kami atau memberikan nombor telefon untuk kami hubungi.

Thursday, 27 September 2012

Pesta Konvokesyen UITM Kali Ke 77

Menurut laman web UITM Dungun, Pesta Konvokesyen UITM Dungun kali ke 77 akan berlangsung di Dewan Aspirasi UITM Dungun.  Terdapat 5 Sidang bermula 1 sehingga 3 hb Disember 2012.  Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah layari di laman sesawang http://terengganu.uitm.edu.my/konvokesyen/ 

Anda ingin mendapatkan penginapan di Dungun?  Perlukan Bilik untuk majlis graduasi bersejarah anda? Kami di Motel Tanjung Jara menawarkan penginapan sewaan bilik-bilik ataupun rumah untuk menyelesaikan masalah penginapan anda ketika konvokesyen nanti.  Terdapat 5 pilihan bilik untuk ditempah dengan kadar harga bermula RM80 sebilik.  Hubungi kami untuk maklumat lanjut.