homestay dungun : homestay muslumah 1
MUSLIMAH homestay 1 beralamat di no 16 Taman selasih perdana fasa 3, sura tengah, 23000 dungun, Terengganu. Ia merupakan sebuah rumah berkembar 3 bilik dan bersebelahan dengan muslimah homestay 2. Terletak hanya 2.5 km ke uitm dungun, 4 km ke bandar dungun, 6.5 km ke politeknik dungun. Anda juga boleh berjalan kaki ke pantai sura tengah yang terdapat di sini. Terdapat banyak kedai-kedai makan dan restoran yang terdapat di sepanjang pantai ini. Di rumah in juga disediakan dapur dan peralatan memasak untuk kegunaan anda. Mesin basuh, rice cooker, kettle, iron dan peti sejuk juga turut disediakan. Terdapat dua bilik berhawa dingin dan satu bilik kipas di sini. Harga semalam RM 160. Juga terdapat potongan harga istimewa sekiranya anda menginap lebih dari satu malam.
Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan puan Sal (0199180401 / 0139023060) atau en Ahmad (0199645574).
Pandangan hadapan rumah
Ruang tamu, tv dan Astro enjoy disediakan
Bilik 2 (kipas siling)
Bilik 3 (aircond dan kipas siling)
Dapur dan peralatan memasak
Comments
Post a Comment