Posts

Showing posts from April, 2011

Peta Lokasi

Image
Peta Lokasi ini di potong dan tampal dari Google Maps.   1.  Kedudukan dalam Semenanjung  2.  Kedudukan dalam Negeri Terengganu 3. Kedudukan Dalam Daerah
 4. Kedudukan Dalam Mukim Sura
 5.  Kedudukan dalam Kampung Sura Tengah
Untuk pengunjung yang novis ataupun expert boleh cari di Google dengan menaip "Homestay Muslimah Dungun" atau jika nak guna GPS boleh memasukkan koordinat N 4.72714 E103.43204

Pengenalan

Image
Homestay Muslimah mula dioperasikan pada Mac 2011. Lokasi terletak bersebelahan dengan SMK Sura, Dungun Terengganu. Jarak dari pantai Laut China Selatan lebih kurang 100m.  Bolehlah berjalan kaki ke pantai.

Jarak lebih kurang 1km untuk ke UITM Dungun.  (Ramai tetamu yang menginap untuk tujuan berurusan dengan UITM samada konvokesyen, melawat anak belajar ataupun perniagaan).  Selesa juga untuk berurusan dengan Politeknik Dungun, Sekolah Menengah Teknik Dungun, Sekolah Menengah Agama Imtiaz Dungun dsb.

Ada juga tetamu yang menginap untuk menjalankan aktiviti memancing di laut samada menempah bot ke laut ataupun memancing di tepian pantai.  Biasanya waktu memancing ataupun pesta mencandat sotong bermula lewat bulan April sehinggalah menjangkau bulan Oktober