Posts

Showing posts from February, 2014

Persiapan Pertandingan Memancing di Dungun

Image
Pada esok 1 Mac 2014 akan dianjurkan pertandingan memancing terbesar di Dungun tahun ini di deretan pantai Sura.   Persiapan sedang giat dijalankan.   Gambar-gambar deretan pantai yang menjadi venue pertandingan memancing anjuran jejak suci di Pantai Sura Dungun. Kami doakan semoga tamu tamu kami yang menginap di Homestay Muslimah Dungun mendapat tempat di dalam pertandingan memancing kali ini.  Jika anda berhasrat untuk memancing pantai atau memancing di perairan Dungun, sudi sudikanlah hubungi kami untuk keperluan penginapan.  Kami boleh dihubungi di 019 9180401 atau 013 902 3060.  Kami akan sentiasa berusaha memudahkan urusan anda di Dungun.

Pendaftaran Pelajar Baru UITM Dungun Mac 2014

Image
Selamat datang para pelajar baru pengajian sarjana muda UITM Dungun.  Kami di Homestay Muslimah Dungun mengalu alukan kedatangan anda menimba ilmu di Dungun ini.  Doa kami semoga anda beroleh kejayaan di sini.   Pihak UITM Dungun telahpun meletakkan beberapa papan tanda di pinggir jalan sebagai panduan kepada ibubapa pelajar untuk sampai ke Dungun.  Ikutilah panduan papan tanda tersebut untuk melicinkan perjalanan anda ke sini.     Jika anda memerlukan penginapan untuk pendaftaran UITM nanti, sudi sudikanlah hubungi kami di 019 918 0401 dan 013  902 3060 .  Kami di Homestay Muslimah Dungun dengan rangkaian homestay di Dungun ini menawarkan beberapa buah homestay untuk memudahkan musafir anda di sini.  Kami akan berusaha memudahkan urusan anda di Dungun.

Pertandingan Memancing Pantai Sura Dungun

Image
Pada 1 Mac 2014 nanti bertempat di pantai Sura Dungun akan diadakan pertandingan memancing pantai bersama syarikat Jejak Suci.  Lokasi pertandingan adalah di sepanjang Pantai Sura Dungun Terengganu yang bersebelahan kampus UITM Dungun. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman Joran Pancing Jika anda perlukan penginapan di homestay dungun, anda bolehlah menginap di homestay kami.  Kami menawarkan rangkaian penginapan rumah ataupun bilik untuk memudahkan aktiviti memancing di Dungun ini.  Hubungi kami di 019 9180401 (yusran) atau 013 902 3060 (salbiah) , kami berusaha memudahkan urusan penginapan di Dungun.

Homestay Dungun Dan Tanjung Jara

Image
Rangkaian Homestay di Dungun  Homestay Muslimah Dungun 1(RM 160 semalam) No 16 Taman Selasih Perdana Fasa 3 Kampung Sura Tengah 23000 Dungun Terengganu Homestay Muslimah  Dungun  2 ( RM 160 semalam) No 15 Taman Selasih Perdana Fasa 3 Kampung Sura Tengah 23000 Dungun Terengganu Homestay Muslimah  Dungun  3 (RM 160 semalam) No 1  Taman Selasih Perdana Fasa 3 Kampung Sura Tengah 23000 Dungun Terengganu Homestay Al Amin (RM 160 semalam) No 15  Taman Sura Jetty 2 Kampung Sura Tengah 23000 Dungun Terengganu Homestay Al amin 2 (RM 180 semalam) No 39 Taman sura jeti 2, jalan masjid lama kampung sura, 23000 dungun, terengganu Homestay Muslimah  Dungun  7 (RM 160 semalam) No 12 Taman Selasih Perdana Fasa 3 Kampung Sura Tengah 23000 Dungun Terengganu Homestay Pantai Dungun (RM 180 semalam) No 1 Jalan Pantai Sura Jetty 2300 Dungun Motel Tanjung Jara (sewa bilik RM 80 semalam ) 5622 Jalan Tanjung Jara, 23050 Dungun Chalet Ummi (RM 60 - RM15

Homestay Muslimah 7

Image
Homestay Muslimah 7 beralamat di No 10 Taman Selasih Perdana Fasa 3, Kampung Sura Tengah 23000 Dungun.  Ia merupakan rumah berkembar tiga bilik tidur dan dua bilik air E - Homestay Muslimah 7 Pandangan Hadapan Homestay Muslimah 7 Ruang tamu dilengkapi dengan set kerusi ruang tamu, tv dan meja makan Bilik Master dengan katil queen dan single size Bilik Ke Dua dengan  katil queen size Bilik Ke Tiga dengan katil queen size Ruang Dapur dengan kelengkapan memasak, rice cooker, cerek dan peti sejuk Anda boleh menempah Homestay Muslimah 7 bersama dengan Homestay Muslimah 1,2 dan 3  untuk menampung jumlah penghuni yang ramai.  Harga semalam RM 160. Hubungi kami di 019 9180401 (yusran) dan 013 9023060 (sal) .  Kami akan berusaha memudahkan urusan anda di Dungun. 

Pertandingan Petanque di Dungun

Image
Jika anda berkunjung ke Dungun, di samping anda menikmati keindahan pemandangan pantai dan mandi manda di Teluk Bidara. Anda boleh juga merancang trip memancing samada di sekitar Pulau Tenggol ataupun hingga ke pelantar minyak.  Selain itu, boleh juga mencandat sotong berhampiran pantai sekitar Dungun. Antara tarikan lain di Dungun adalah Petanque, yang merupakan sejenis permainan berasal dari Perancis.  Jika permainan tradisional Melayu, ia lebih mirip kepada guli. Perbezaan peralatannya adalah ia menggunakan bola besi sebesar lebih kurang bola tenis dan tidak menggunakan lubang.  Sebaliknya ia menggunakan bola kayu atau getah yang dipanggil Jack.  Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungi laman ini .  Daerah Dungun kerap menjadi tuan rumah sukan ini. Contohnya kejohanan SUKMA ketika Terengganu menjadi tuan rumah, Kejohanan Petanque Terbuka Terengganu dll.  Jika anda peminat sukan ini, bawalah peralatan petanque anda untuk beriadah bersama rakan dan keluarga di gelanggang pet