Posts

Showing posts from July, 2011

Arah Ke Homestay Muslimah 1 Dari Politeknik Dungun

Image
 Untuk pengunjung yang melalui Kemaman untuk ke Homestay Muslimah, saya sertakan peta ringkas yang diambil dari GoogleMaps.   Selepas Pekan Paka, anda akan melepasi Rimba Bukit Bauk dan akan sampai ke Politeknik Dungun iaitu traffic light yang pertama.   Pandu terus dan anda akan melepasi Shell di sebelah kiri dan Petronas di sebelah kanan. Disini adalah traffic light yang kedua. Seterusnya, pandu terus melepasi traffic light ke dua sehingga anda sampai ke traffic light ke tiga.   Ambil simpang ke kanan yang berlabel ke Jalan Lapangan Terbang. Selepas mengambil simpang tersebut, terus ambil simpang pertama di sebelah kiri yang terletak sebelum Gerai Minuman Air Buah Lies Corner. Pandu terus dan anda akan melepasi jambatan konkrit yang merentasi longkang besar. Anda akan tiba di simpang 3. Pusing ke kiri dan memandu sejauh 10-20meter.Anda akan sampai ke simpang pertama di sebelah kiri. Masuk kiri ke simpang tersebut dan pandu terus sehingga ke kawasan perumahan di sebelah kanan