Posts

Showing posts from 2015

Homestay Dungun : 9 Bilik Aircond di Ummi Chalet Dungun berwajah baru (Januari 2015)

Image
Jika anda memerlukan penginapan sewaan bilik di Dungun, kami menawarkan sewaan bilik samada di Tanjung Jara, Dungun ataupun di Ummi Chalet Dungun di Lorong Kenanga. Ummi Chalet Dungun setelah siap melalui pengubahsuaian kini menawarkan 9 buah bilik untuk disewa. Setiap bilik mempunyai akses sendiri lengkap dengan bilik air, tv dan aircond. Juga terdapat kemudahan WiFi percuma di sini. Sangat sesuai untuk rombongan kenduri kahwin, hari keluarga, konvoi motosikal berkuasa tinggi dan sebagainya. Kawasan berpagar yang luas menjanjikan ketenangan fikiran kepada pemilik kenderaan.  Bilik 1(RM70) & Bilik 2 (RM70) -------------------------------- Bilik 1 dan Bilik 2 Kelengkapan di bilik 1 dan 2 ini adalah setiap bilik mempunyai bilik air di dalam. Ia turut dilengkapi dengan aircond dan kipas dinding. Bilik 1 dan 2 mempunyai 1 katil queen Dan 1 katil single , tv, sterika.  Setiap bilik boleh menempatkan 3 orang dewasa. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik air  Ai

Mencandat Sotong Di Perairan Dungun

Image
Musim mencandat sotong biasanya bermula selepas musim monson di pantai timur.  Kebiasaannya ramai yang berkunjung ke Dungun untuk merasai pengalaman mencandat sotong dengan menempah bot bot nelayan di sekitar Dungun. Pengalaman mencandat sotong pastinya mampu memberikan kenangan manis kepada anda.  Ia agak berbeza dengan pengalaman memancing.  Rasailah pengalaman pancutan air sotong ketika anda mendaratkannya di atas bot. Kami di Homestay Muslimah Dungun boleh membantu anda mendapatkan bot bot yang menawarkan perkhidmatan mencandat sotong di peraiaran Dungun. Harga sewaan bot pula bergantung kepada jenis saiz bot, kapasiti muatan dan jangkamasa turun ke laut.  Hubungi kami untuk anda merancang pengalaman percutian keluarga di Dungun.  Kami boleh dihubungi di 013 902 3060  dan 019 918 0401 (salbiah) . Kami berusaha memudahkan urusan anda di Dungun.

Sotong Celup Tepung di Dungun

Image
Setiap tahun selepas musim monsun, kebiasannya selepas Mac, perairan Dungun menjadi tumpuan pemancing untuk memancing laut.  Seawal Mac juga bermulanya musim sotong. Pada bulan Mei pula aktiviti mencandat sotong menjadi semakin rancak.   Kawasan mencandat sotong biasanya berhampiran pantai dari Rantau Abang sehinggalah ke Paka, mengikut kepakaran dan pengalaman tekong bot.  Jika anda ingin menikmati sotong yang segar, inilah masanya harga sotong agak murah berbanding bulan-bulan sebelumnya.  Di Homestay Muslimah, anda boleh menggoreng sendiri sotong celup tepung anda.  Kami menyediakan peralatan memasak agar anda dapat menikmati masakan anda seperti berada di rumah anda sendiri. Di persisiran pantai berdekatan Homestay Muslimah terdapat beberapa buah gerai menjual hasil segar dari laut yang dibuka di waktu petang sehinggalah sebelum maghrib menjelma.  B ermula Mac, bekalan sotong jarum boleh didapati dengan harga yang murah dan mudah, manakala sotong candat bermula Mei.