Posts

Showing posts from August, 2012

Penginapan Pendaftaran UITM Dungun di Homestay Muslimah 4

Image
Ingin mencari Homestay di Dungun? Berkunjung di Dungun dan memerlukan penginapan untuk satu keluarga atau lebih? Homestay Muslimah menawarkan pelbagai pilihan homestay untuk dicuba.  Homestay Muslimah 4 ini terletak di Taman Sura Jetty 2.  Ia terletak di kawasan yang aman dan merupakan taman perumahan yang baru dibuka.  Lokasinya terletak berdekatan dengan pantai dan Masjid Lama Sura serta SMK Sains Dungun.

Peta Lokasi

Untuk pengunjung yang memerlukan homestay untuk pendaftaran pelajar UITM Dungun atau pendaftaran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, Homestay Muslimah 4 ini menawarkan rumah berkembar dengan 3 bilik tidur, sebuah bilik utiliti, dapur serta ruang tamu.  Garajnya boleh memuatkan 2 biji kereta.   
 Tempahan dibuka sekarang.  Hubungi kami melalui email  di homestaymuslimah@gmail.com, melalui telefon ataupun mesej di 019 918 0401 (yusran) atau 013 9023060 (salbiah)

Makan Makanan Laut di Kuala Kemaman

Image

Penginapan Rombongan Kenduri Dungun di Homestay Muslimah 5

Image
Mencari penginapan untuk kenduri di Dungun? Jika satu masa dahulu, urusan kenduri yang melibatkan dua bakal pengantin yang berbeza negeri agak sukar untuk diuruskan. Ini kerana kesukaran untuk mendapatkan penginapan untuk urusan persiapan rombongan.  Kini dengan adanya homestay yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan, maka urusan tersebut kini semakin mudah.  Jika anda memerlukan penginapan untuk kenduri di Dungun, Homestay Muslimah menawarkan pakej penginapan yang sesuai mengikut keperluan anda.  
Homestay Muslimah 5 telah beroperasi bermula 24 Ogos 2012.  Rumah sesebuah ini merupakan rumah dengan 4 bilik separa kayu yang telah diubahsuai menjadi homestay yang mampu untuk menampung jumlah keluarga yang agak besar.  

Antara kelebihan Homestay Muslimah 5 ini adalah kedudukannya di 9A Lorong Kenanga yang terletak berdekatan bandar Dungun. Jaraknya dari Pantai Teluk Lipat kurang dari 100 meter.  Kawasan letak kereta di dalam pagar rumah ini boleh memuatkan antara 9 sehingga 15 kereta mengik…

Kedai Barangan Halal Dungun

Image
Jika anda mencari cari kedai runcit yang menjual barangan halal, silalah berkunjung ke I-deal Halal Mart.  Premis ini beralamat di Jalan Baru Pak Sabah,  Taman Omar Al Khattab.  Secara online boleh juga layari di facebook.com/idealhalalmart.  Pemilik premis ini adalah Mohamad Fadhil Husin begitu gigih mengusahakan perniagaan yang hanya berfokuskan barangan yang dijamin 100% halal.
Kawasan tempat letak kereta yang mencukupi
Pelbagai barangan makanan, majalah dan buku islamik
Produk kesihatan dari Era Edar Marketing seperti Examo dan Salindah

Produk cucian, toiletris buatan muslim
Produk makanan halal dari luar negara dan dalam negara
Jika anda sebelum ini sukar untuk mendapatkan ayam organik terutamanya keluaran Az Zain, bolehlah datang ke sini. Kebiasaannya bekalan ayamnya berkala dan tidak putus.Terdapat juga produk sejuk beku lain seperti karipap segera, bebola ikan, sotong yang diproses oleh syarikat muslim.  Selain itu, terdapat pelbagai barangan makanan tin, kotak dsb yang dikeluarkan …

Aidil Fitri Di Dungun

Bersempena kedatangan Hari Raya Aidil Fitri pada 2012 ini, pihak Homestay Muslimah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog kami ini dan juga tetamu Homestay Muslimah serta Motel Tanjung Jara.  

Pihak kami amat berharap agar anda semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dilimpahi rahmat ketika pulang beraya di kampung halaman masing masing.  Semoga anda semua selamat tiba di destinasi pulang dan kembali semula ke perantauan.  
Sebelum mula bertolak, harap dapat pastikan kenderaan kita telah berada dalam keadaan tip top. Matikan juga suis suis yang tidak perlu.  Boleh juga hidupkan suis lampu tertentu.  Baik juga jika dicabut kepala gas dari balang gas, takut berlaku kebocoran pula.  Jangan lupa setiap kali memulakan perjalanan anda dengan doa meninggalkan rumah agar dilindungi dan juga doa naik kenderaan.  Insya Allah selamat. Jika mengantuk, bolehlah berehat atau tidur di tempat yang selamat.  Pesanan buat pasangan, pastikan chaffeur anda sentiasa s…

Sewaan Bilik di Motel Tanjung Jara

Image
Jika anda berkunjung ke Dungun, anda boleh mencuba untuk menginap di Motel Tanjung Jara yang beralamat di 5622 Jalan Tanjung Jara, 23050 Dungun.  Motel Tanjung Jara mempunyai 2 buah banglo.  Banglo pertama dengan 3 bilik dan banglo kedua dengan 2 bilik. Dengan persekitaran yang aman, tenteram dan sunyi pasti memberikan keselesaan kepada anda untuk menginap di sini.  Sesuai juga untuk mengadakan sebarang majlis perkahwinan, reunion rakan lama, penginapan untuk menghantar anak ke uitm dungun, politeknik dungun serta Pulapol di Rantau Abang.
Bersempena dengan bulan Syawal yang menjelang tiba ini, kami menawarkan harga promosi yang pastinya dapat menarik minat anda untuk menginap di sini. Samada dengan sewaan keseluruhan banglo ataupun dengan 5 pilihan bilik untuk dicuba dengan harga yang berbeza pastinya dapat memberikan kenangan manis anda apabila berkunjung ke Dungun.
Bilik 1


Bilik 2

Bilik 3

Bilik 4


Bilik 5






Motel Tanjung Jara

Image
Motel Tanjung Jara mula beroperasi pada awal Ramadhan 2012.  Ia terletak di Tanjung Jara, Dungun  di lokasi yang hanya beberapa meter dari Tanjung Jara Resort. Dengan adanya jambatan yang menghubungkan Seberang Pintasan dengan bandar Dungun, jarak untuk ke Tanjung Jara dari bandar Dungun telah disingkatkan. Penduduk yang dipisahkan oleh sungai Dungun ini boleh ke bandar Dungun dalam beberapa minit sahaja dan jarak yang lebih dekat berbanding dari Kampung Sura ke bandar Dungun.


Motel Tanjung Jara ini merupakan dua buah banglo beralamat di 5622 Jalan Tanjung Jara, 23050 Dungun. Sebelum ini ia dikenali sebagai Johannes Villa & Guest House yang dioperasikan oleh Bunyamin Abu Qasim atau Ben.