Posts

Showing posts from May, 2011

Pesta Candat Sotong di Dungun

Image
Seperti diramalkan oleh otai-otai yang terlibat dalam industri perikanan, tahun ini bakal menjanjikan tahun mencandat sotong yang menarik.  Pada tahun-tahun sebelum ini, candat sotong gagal memberikan hasil yang baik.  Namun, menurut cerita mereka yang telah keluar mencandat pertengahan bulan ini, terutama di Kuala Terengganu atau Marang, hasil yang di dapati menjangkau 30kg untuk kategori bot fiber yang memuatkan dua orang  pemancing. Biasanya bot ini akan membawa pemancing ke tempat sotong bersarang.  Jarak inilah yang menentukan harga tambang untuk mencandat sotong ini.  Pemancing akan turun ke laut selepas waktu asar dan akan pulang pada waktu pagi keesokan harinya bergantung kepada hasil tangkapan.  Jika ingin mencari pengalaman dan tidak pasti samada mabuk laut ataupun tidak, bolehlah memilih untuk menggunakan khidmat bot yang kecil.  Jika anda mabuk laut (seperti saya), boleh balik awal dan tidak menyusahkan rakan-rakan lain yang tegar dan ampuh kepada  ancaman 'kucah'

Telur Terpower di Dungun

Image
Antara warung pagi yang unik di Dungun ini adalah warung telur power.  Warung ini terletak di kiri jalan utama (Jalan Dungun Kemaman) di Batu 48.  Kebiasaannya pengunjung boleh menikmati sarapan pagi yang pelbagai jenis beserta menu istimewa mereka iaitu telur power. Telur power ini adalah gabungan telur (telur ayam kampung atau omega) dan dicampurkan dengan rempah ratus istimewa.  Rasanya antara gabungan manis (mungkin campuran madu) dan pedas (mungkin halia bara?).  Papan tanda Warung Telur 'Power' di pinggir jalan utama.  Di belakang adalah warungnya.  Saya memesan menu utama iaitu nasi lemak ikan aya (tuna).  Masih ada pelbagai menu lain seperti nasi minyak, nasi dagang dan lain-lain. Dua cawan mini telur power yang dipesan bersama rakan, sedia untuk dilupuskan.   Apa Yang Menarik di Warung Telur Power   * Menu sarapan pagi yang pelbagai * Menu yang eksotik dan ekslusif * Perkhidmatan yang cepat

Pendaftaran Pelajar Baru UITM Dungun

Image
Selamat datang kepada pelajar baru UITM Dungun yang datang bersama dengan keluarga masing-masing.  Semoga bermula tarikh 21 Mei 2011 akan menjadi detik bersejarah kepada anda untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.   Khas buat bakal pelajar Jurusan Sains Komputer UITM Dungun yang menginap di Homestay Muslimah hari ini, di sinilah bermulakan langkah pertama anda. ""A journey of a thousand miles begins with a single step - Confucius" Di sini di paparkan jarak sejauh 2.5 km dan peta dari Google Maps untuk makluman jarak dan arah dari Homestay Muslimah ke UITM Dungun.  Selamat mendaftar! Selepas keluar dari Homestay Muslimah ke jalan utama tepi pantai, ambil kanan dan terus melalui jalan tepi pantai ke UITM Dungun.

Memancing Pantai

Image
Pantai Dungun menjanjikan pengalaman memancing yang menarik.  Biasanya Gran Prix Joran diadakan di sini, begitu juga dengan pertandingan memancing yang lain.  Lokasi memancing yang utama adalah di Pantai Teluk Lipat.  (kira-kira 2-3km dari Homestay Muslimah). Pemancing boleh juga memilih untuk menyewa bot fiber kecil yang boleh memuatkan 2orang atau bot yang lebih besar. Biasanya bot fiber ini di letakkan di pantai di sepanjang pantai Dungun ini.  Pemandangan di pantai yang paling hampir dengan Homestay Muslimah. (Kira-kira 100m dari Homestay Muslimah ke gigi air.  Pemandangan waktu tengahari. Ada bot fiber kecil telah pulang dari menangkap ikan  Deretan pantai memanjang sehingga ke UITM Dungun  Deretan pantai memanjang sehingga ke Kuala Dungun  Di waktu petang, ramai pengunjung mengambil kesempatan riadah dengan bermain layang-layang pantai di kawasan lapang ini  Di waktu malam, terdapat juga pengunjung berbebeque di kawasan lapang ini.  Jalan masuk ke Homestay Muslimah. Gamba

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua insan bergelar guru. Segala jasa dan budi guru semua semoga menjadi pahala yang berkekalan. Al Fatihah buat semua guru yang telah meninggalkan kita semua

Selamat Hari Konvokesyen

Buat semua graduan UITM Dungun, khasnya graduan yang menginap di Homestay Muslimah Dungun, pihak kami ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya.  Semoga tarikh 15hb Mei 2011 menjadi titik mula melakar kejayaan untuk masa mendatang. Pautan ke Majlis Konvokesyen UITM Dungun

Jus Buah-Buahan di Lies Corner

Image
Kebiasaan pengunjung yang datang ke sini adalah untuk menikmati air buah gelas besar.  Selain untuk menikmati pelbagai jenis air buah, pengunjung juga dapat menikmati sajian makanan yang ringan seperti laksam, keropok lekor, nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak dan sebagainya.  Perniagaan di buka setiap hari bermula petang dan hanya ditutup pada hari Selasa sahaja. Pelbagai jus buah buahan untuk dipilih Lepas makan malam, masih ada ruang untuk keropok Apa Yang Menarik di Lies Corner * Menu air buah yang pelbagai * Servis yang cepat * Menu selera Terengganu

Western Food Di Pantai Dungun

Image
Saya syorkan singgah di Hola West untuk menikmati makanan western.  Waktu operasinya bermula pukul 5.00 petang dan berakhir pada 10.00 malam.  Anda akan mendapat layanan peribadi yang istimewa daripada pemiliknya.  Singgahlah di sini untuk mencuba sesuatu yang baru!  Lokasi di tepi Pantai Sura Hujung. Dapat menikmati permandangan pantai dan angin laut. Pilihan menu yang pelbagai.  Saya dan rakan dah cuba sandwich dan Lamb on the hot plate.  Next target : Lasagna! Chef sedang sibuk menyiapkan sandwich saya Ruang makan dalaman Menu Lamb On The Hot Plate Apa Yang Menarik di Hola West   * Suasana yang tenang, damai * Pemilik yang cool * Masakan yang best

Homestay muslimah 1

Image
Homestay muslimah 1 beralamat di no 16 taman selasih perdana, sura tengah, 23000 dungun, Terengganu merupakan sebuah rumah berkembar 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Terdapat 2 bilik aircond dan 1 bilik kipas. Harga semalam RM160. Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut bolehlah tuan/ puan menghubungi pn sal (0199180401/0139023060) atau en ahmAh (0199645574).  Bilik Utama Dilengkapi dengan 1 katil bersaiz queen dan 1 katil single, aircond dan kipas siling. Bilik Kedua Dilengkapi dengan katil bersaiz  queen  dan kipas siling. Bilik ketiga dilengkapi dengan katil bersaiz queen, aircond dan kipas siling. Pemandangan di ruang tamu