Posts

Showing posts from September, 2011

Homestay Muslimah 1

Image
Homestay Muslimah 1 beralamat di No 16 Taman Selasih Perdana 3 Kampung Sura Tengah Dungun.  Jika anda mencari penginapan berhampiran pantai (kira-kira 100 meter dari pantai) boleh menempah homestay ini.  Homestay ini adalah merupakan rumah berkembar dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.  Amat sesuai untuk tujuan menghantar anak mendaftar di UITM Dungun, Majlis Konvokesyen UITM Dungun, pendaftaran pelajar Politeknik Sultan Mizan, Dungun dan juga bercuti di Dungun. Untuk tujuan majlis kenduri pertunangan, perkahwinan dan resepsi, anda boleh menempah bersama dengan Homestay Muslimah 2 yang bersebelahan dengan homestay ini.   Kelengkapan homestay dungun ini adalah : Bilik Tidur Utama : Bilik air, almari pakaian, satu katil, tilam queen size dan satu katil single, aircond dan kipas siling. Bilik Tidur Kedua : Satu katil tilam queen size dan kipas Bilik Tidur Ketiga : Satu katil queen size, tilam queen size dan aircond Ruang Keluarga : Sofa, tv dan astro   Dapu

Penginapan di Dungun Untuk Konvokesyen Politeknik

Bersempena dengan majlis konokesyen Politeknik Sultan Mizan Dungun yang bakal menjelang tidak lama lagi, pihak kami mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kedatangan keluarga para graduan politeknik dungun. Jika anda mencari penginapan sewa harian yang selesa berhampiran dengan pantai, bolehlah menginap di Homestay Muslimah ini.   Terdapat 3 buah rumah jenis berkembar dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air untuk dipilih.  Lokasi kediaman pula di kawasan perumahan di tepi pantai (lebih kurang 100 meter dari pantai).  Kawasan yang damai dan aman berhampiran dengan Sekolah Menengah Sura, Dungun.   Silalah menempah lebih awal untuk mengelakkan kesukaran di saat akhir! (Buatlah carian atau label : politeknik untuk pelbagai maklumat lanjut berkaitan arah dan jarak antara Homestay Muslimah Dungun dengan Politeknik Sultan Mizan Dungun)

Penginapan di Dungun Untuk Kenduri Kahwin

Image
Homestay Muslimah Dungun m enawarkan penginapan homestay di Dungun untuk majlis perkahwinan.  Jika anda memerlukan penginapan berasingan untuk lelaki dan wanita, anda boleh menginap di Homestay Muslimah.  Kami menyediakan dua buah rumah berkembar yang boleh menempatkan lelaki dan perempuan di dalam rumah berbeza yang bersebelahan.     Homestay Muslimah 1 - No 16 Taman Selasih Perdana 3 Kg Sura Tengah  Homestay Muslimah 2 - No 15 Taman Selasih Perdana 3 Kg Sura Tengah Lokasi yang bersebelahan memudahkan urusan selain dapat mengasingkan antara perempuan dan lelaki. Untuk tujuan demikian, anda boleh menempah Homestay Muslimah 1 dan Homestay Muslimah 2.  Kedudukan rumah di jalan cul de sac memudahkan rombongan bas untuk meletakkan kenderaan di hadapan rumah tanpa mengganggu lalulintas.  Silalah hubungi kami untuk maklumat selanjutnya.