Posts

Showing posts from October, 2012

Peluang Perniagaan Bersama Homestay Muslimah

Image
Homestay Muslimah telah mula beroperasi sejak Mac 2011.  Matlamat utama kami adalah menyelesaikan masalah muslimin dan muslimat yang bermusafir di Dungun yang memerlukan penginapan keluarga yang selesa dan berpatutan.  
Kami bermula dengan sebuah rumah berkembar dan kini semakin berkembang seiring dengan keperluan semasa.  Selaras dengan hasrat hati kami untuk mengembangkan perniagaan kami, pihak kami berbesar hati untuk menjemput mana-mana pihak yang mempunyai kediaman di sekitar bandar Dungun untuk bersama kami.
Setakat ini, kami telah mempunyai 7 buah rumah dengan beberapa rakan yang bersama kami melaksanakan joint venture.  Terdapat pelbagai pilihan kerjasama mengikut persetujuan bersama.
Jika anda berminat, sudilah kiranya menghubungi kami atau memberikan nombor telefon untuk kami hubungi.