Posts

Showing posts from January, 2014

Konvoi Pemilik Exora EOCM di Homestay Muslimah

Image
Pada 24hb Januari lalu, kami berbesar hati menerima tamu dari kelab bermotor Exora Owners Club Motorspot (EOCM). Pautan kelab di sini  untuk blog dan di sini untuk facebook. Menurut jawatankuasa penganjur, perjumpaan rutin ini melibatkan 46 buah pemilik Proton Exora yang berkumpul untuk bermesyuarat dan ber bbq.   Lokasi Teluk Gadong (2.4km dari Homestay Muslimah Dungun)   Pihak Homestay Muslimah Dungun mengalu alukan sebarang pihak yang ingin melaksanakan aktiviti berkonvoi untuk menginap dengan kami.  Dengan rangkaian beberapa homestay yang bersebelahan pastinya memudahkan urusan anda. Anda boleh menempah 5 homestay muslimah yang berdekatan iaitu homestay muslimah 1, 2, 6 dan 7 yang terletak selorong. Manakala homestay muslimah 3 pula terletak di lorong ke dua.  Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.  Kami akan berusaha memudahkan urusan anda di Dungun. 

Homestay Pantai Dungun pada September 2014

Image
Homestay Pantai Dungun beralamat di No 1 Jalan Pantai Sura Jetty 2300 Dungun Terengganu. Ia mula beroperasi bermula cuti Tahun Baru Cina 2013. Lokasinya mengadap Laut Cina Selatan dan merupakan homestay kami yang paling hampir dengan laut dan bandar Dungun. Bilik Master  Bilik KeDua Bilik Ke tiga Ia merupakan sebuah banglo dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Kesemua bilik tidur dengan katil queen size dan aircond. Ruang tamu dengan sofa,tv. Dilengkapi juga dengan dapur untuk tujuan memasak. Halaman homestay boleh memuatkan lebih kurang 3 ke 4 buah kereta. Ruang Tamu  Homestay ini amat sesuai untuk tetamu yang berkunjung ke Dungun yang ingin menikmati suasana nyaman di tepian pantai. Anda boleh berehat di halaman homestay untuk menikmati suasana matahari terbit dengan tiupan bayu dan bunyi ombak menghempas pantai. Perlu diambil perhatian, kawasan pantai di sini tidak sesuai untuk melaksanakan aktiviti mandi manda kerana panta