Homestay Muslimah 1

Homestay Muslimah 1 beralamat di No 16 Taman Selasih Perdana 3 Kampung Sura Tengah Dungun.  Jika anda mencari penginapan berhampiran pantai (kira-kira 100 meter dari pantai) boleh menempah homestay ini.  Homestay ini adalah merupakan rumah berkembar dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.  Amat sesuai untuk tujuan menghantar anak mendaftar di UITM Dungun, Majlis Konvokesyen UITM Dungun, pendaftaran pelajar Politeknik Sultan Mizan, Dungun dan juga bercuti di Dungun.



Untuk tujuan majlis kenduri pertunangan, perkahwinan dan resepsi, anda boleh menempah bersama dengan Homestay Muslimah 2 yang bersebelahan dengan homestay ini.  

Kelengkapan homestay dungun ini adalah :

Bilik Tidur Utama : Bilik air, almari pakaian, satu katil, tilam queen size dan aircond
Bilik Tidur Kedua : Satu katil tilam queen size dan kipas
Bilik Tidur Ketiga : Satu katil queen size, tilam queen size dan aircond
Ruang Keluarga : Sofa, tv dan astro  
Dapur :  dapur, tong gas dan peralatan asas memasak, penapis air, mesin basuh dan peti sejuk

Jika anda datang dengan ahli keluarga yang besar, kelengkapan toto dan bantal tambahan disediakan tanpa bayaran tambahan.

 Halaman dan porch dengan pokok Alamanda.




Ruang Tamu dengan kerusi set.



Divan dengan tilam queen size di bilik tidur utama



 Bilik tidur kedua dengan katil dan tilam queen size




Bilik tidur ketiga dengan katil dan tilam queen size




Kawasan Homestay yang berpagar


Set meja taman untuk bersantai di waktu petang



Comments

  1. Rumah boleh disewa pada tarikh 1 - 4 Mei 2015 (3 malam)? Dan berapa harga satu malam?

    ReplyDelete
  2. As-Salam,
    Check in 17/07/15; check out 19/07/15. Ada kekosongan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

8 Bilik Aircond di Ummi Chalet Dungun berwajah baru (Januari 2015)

Chalet Ummi Ogos 2016

Homestay Pantai Dungun pada September 2014