Majlis Kenduri Pertunangan, Perkahwinan & Resepsi di Homestay Muslimah Dungun

Sempena dengan cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, begitu ramai pasangan mengambil peluang mengadakan majlis kenduri untuk pertunangan, perkahwinan serta resepsi. Memandangkan jangkamasa cuti yang panjang, membolehkan jadual majlis diatur bermula dari 19 hb Januari sehinggalah ke 29hb Januari 2012.  

Pihak Homestay Muslimah mengalu alukan kedatangan tetamu yang sudi singgah menginap di sini untuk persiapan sebelum ke rumah kenduri.  Semoga anda semua berasa selesa dan berpuas hati ketika berada di sini.  Terima kasih juga diucapkan kerana sudi menjemput kami ke majlis anda semua.  Apa yang menarik, kad-kad jemputan majlis perkahwinan semakin cantik.  Satu evolusi yang menarik dan kreatif. 

Untuk bakal pengantin baru seterusnya, pihak Homestay Muslimah mengalu-alukan kedatangan anda di sini.  Pihak kami menawarkan penginapan 3 buah rumah dengan dua rumah bersebelahan untuk memudahkan urusan anda dan memberikan keselesaan yang anda inginkan. Semoga perkahwinan anda kekal ke akhir hayat hendaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Al Amin 1 dungun

Homestay Dungun : Sewa Bilik Di Chalet Ummi

Motel Tanjung Jara Dungun