Panduan Untuk Ke Homestay Muslimah Dungun Menggunakan Google Maps

Selaras dengan perkembangan ICT, pihak Homestay Muslimah berusaha memudahkan urusan anda untuk menginap bersama kami.  Terdapat pelbagai panduan untuk anda ke lokasi Homestay Muslimah Dungun.  

Panduan pertama untuk ke Homestay Muslimah Dungun, anda boleh menggunakan khidmat Google Maps. Bagaimanakah cara menggunakan khidmat Google Maps ini?

Anda boleh mengunjungi laman Google Maps di https://maps.google.com

Klik Get directions


Seterusnya sila taipkan di ruangan A  alamat lokasi anda bertolak  dan di ruangan B hanya taipkan Homestay Muslimah Dungun.  Secara automatik Google akan menyenaraikan Homestay Muslimah Dungun Terengganu Dungun Malaysia



Saya mengambil contoh alamat bertolak dari Putrajaya, paparan adalah seperti berikut

Selepas menaip alamat bertolak Putrajaya dan destinasi Homestay Muslimah Dungun, Silalah klik GET DIRECTIONS

Google akan menyenaraikan cadangan laluan untuk ke Homestay Muslimah Dungun melalui huraian jalan. Data berkaitan jumlah jarak dan masa juga dipaparkan.  Jarak ini boleh juga digunakan untuk tujuan mengira jarak untuk tuntutan perjalanan.

Cadangan laluan Google Maps secara huraian 
Google juga memaparkan peta laluan dari lokasi anda bertolak ke Homestay Muslimah Dungun
Google Maps memudahkan anda merancang perjalanan anda untuk ke Homestay Muslimah Dungun.  
Selamat mencuba ya! 

Pihak Homestay Muslimah sentiasa mendoakan kemudahan dan keselamatan anda sepanjang anda bermusafir.  Semoga cadangan di blog ini dapat memudahkan anda.  Jika anda perlukan bantuan lanjut, sudilah hubungi  kami di 019 918 0401 (yusran) dan 013 902 3060 (salbiah).  Kami akan berusaha memudahkan urusan anda di Dungun

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Al Amin 1 dungun

Homestay Dungun : Sewa Bilik Di Chalet Ummi

Homestay Dungun : 9 Bilik Aircond di Ummi Chalet Dungun berwajah baru (Januari 2015)