Sotong Celup Tepung di Dungun

Setiap tahun selepas musim monsun, kebiasannya selepas Mac, perairan Dungun menjadi tumpuan pemancing untuk memancing laut.  Seawal Mac juga bermulanya musim sotong. Pada bulan Mei pula aktiviti mencandat sotong menjadi semakin rancak.  

Kawasan mencandat sotong biasanya berhampiran pantai dari Rantau Abang sehinggalah ke Paka, mengikut kepakaran dan pengalaman tekong bot.  Jika anda ingin menikmati sotong yang segar, inilah masanya harga sotong agak murah berbanding bulan-bulan sebelumnya. 

Di Homestay Muslimah, anda boleh menggoreng sendiri sotong celup tepung anda.  Kami menyediakan peralatan memasak agar anda dapat menikmati masakan anda seperti berada di rumah anda sendiri.

Di persisiran pantai berdekatan Homestay Muslimah terdapat beberapa buah gerai menjual hasil segar dari laut yang dibuka di waktu petang sehinggalah sebelum maghrib menjelma.  Bermula Mac, bekalan sotong jarum boleh didapati dengan harga yang murah dan mudah, manakala sotong candat bermula Mei.   .


Selain dari gerai di waktu petang, anda juga boleh berkunjung ke pasar besar Dungun yang dibuka di waktu pagi.  Jika anda bertuah, anda berkesempatan untuk membeli sotong candat yang baru dibawa pulang dari laut.  Kebiasaannya warna sotong candat yang segar adalah lutsinar sebelum bertukar menjadi putih kemerahan.

Rancanglah percutian anda di Dungun.  Nikmatilah keenakan sotong celup tepung di sini. Jika anda perlukan maklumat tambahan, bolehlah hubungi kami di 013 902 3060 atau 019 918 0401.  Kami berusaha memudahkan urusan anda di Dungun.

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Al Amin 1 dungun

Homestay Dungun : Sewa Bilik Di Chalet Ummi

Homestay Dungun : 9 Bilik Aircond di Ummi Chalet Dungun berwajah baru (Januari 2015)