Posts

Majlis Konvokesyen UITM Dungun Kali Ke 75

Image
Sumber : Laman UITM Dungun Hujung minggu ini, graduan-graduan UITM Dungun bakal menempuh detik detik bersejarah dan kemuncak pengajian.  Majlis Konvokesyen Kali Ke 75 ini bakal dilangsungkan di Dewan Aspirasi, UITM Dungun. Pihak Homestay Muslimah mengucapkan tahniah di atas kejayaan graduan-graduan semua dan khasnya kepada graduan yang menginap di Homestay Muslimah.  Semoga detik bersejarah ini menjadi perintis kepada kejayan-kejayaan di masa akan datang. Capaian untuk maklumat lanjut di  http://terengganu.uitm.edu.my/

Homestay Muslimah 1

Image
Homestay Muslimah 1 beralamat di No 16 Taman Selasih Perdana 3 Kampung Sura Tengah Dungun.  Jika anda mencari penginapan berhampiran pantai (kira-kira 100 meter dari pantai) boleh menempah homestay ini.  Homestay ini adalah merupakan rumah berkembar dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.  Amat sesuai untuk tujuan menghantar anak mendaftar di UITM Dungun, Majlis Konvokesyen UITM Dungun, pendaftaran pelajar Politeknik Sultan Mizan, Dungun dan juga bercuti di Dungun. Untuk tujuan majlis kenduri pertunangan, perkahwinan dan resepsi, anda boleh menempah bersama dengan Homestay Muslimah 2 yang bersebelahan dengan homestay ini.   Kelengkapan homestay dungun ini adalah : Bilik Tidur Utama : Bilik air, almari pakaian, satu katil, tilam queen size dan satu katil single, aircond dan kipas siling. Bilik Tidur Kedua : Satu katil tilam queen size dan kipas Bilik Tidur Ketiga : Satu katil queen size, tilam queen size dan aircond Ruang Keluarga : Sofa, tv...

Penginapan di Dungun Untuk Konvokesyen Politeknik

Bersempena dengan majlis konokesyen Politeknik Sultan Mizan Dungun yang bakal menjelang tidak lama lagi, pihak kami mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kedatangan keluarga para graduan politeknik dungun. Jika anda mencari penginapan sewa harian yang selesa berhampiran dengan pantai, bolehlah menginap di Homestay Muslimah ini.   Terdapat 3 buah rumah jenis berkembar dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air untuk dipilih.  Lokasi kediaman pula di kawasan perumahan di tepi pantai (lebih kurang 100 meter dari pantai).  Kawasan yang damai dan aman berhampiran dengan Sekolah Menengah Sura, Dungun.   Silalah menempah lebih awal untuk mengelakkan kesukaran di saat akhir! (Buatlah carian atau label : politeknik untuk pelbagai maklumat lanjut berkaitan arah dan jarak antara Homestay Muslimah Dungun dengan Politeknik Sultan Mizan Dungun)

Penginapan di Dungun Untuk Kenduri Kahwin

Image
Homestay Muslimah Dungun m enawarkan penginapan homestay di Dungun untuk majlis perkahwinan.  Jika anda memerlukan penginapan berasingan untuk lelaki dan wanita, anda boleh menginap di Homestay Muslimah.  Kami menyediakan dua buah rumah berkembar yang boleh menempatkan lelaki dan perempuan di dalam rumah berbeza yang bersebelahan.     Homestay Muslimah 1 - No 16 Taman Selasih Perdana 3 Kg Sura Tengah  Homestay Muslimah 2 - No 15 Taman Selasih Perdana 3 Kg Sura Tengah Lokasi yang bersebelahan memudahkan urusan selain dapat mengasingkan antara perempuan dan lelaki. Untuk tujuan demikian, anda boleh menempah Homestay Muslimah 1 dan Homestay Muslimah 2.  Kedudukan rumah di jalan cul de sac memudahkan rombongan bas untuk meletakkan kenderaan di hadapan rumah tanpa mengganggu lalulintas.  Silalah hubungi kami untuk maklumat selanjutnya.

Beraya di Dungun

Image
Di dalam kesibukan mengerjakan ibadah puasa, pada pertengahan ramadhan ini, pasti ramai yang sudah mula mengaturkan perancangan untuk persiapan hariraya aidilfitri.  Jika anda berhasrat untuk beraya di Dungun, dan mencari penginapan homestay Dungun, bolehlah menempah Homestay Muslimah.  Kami menawarkan penginapan sewa harian yang berpatutan dan selesa untuk percutian pada hari raya nanti. Anda boleh memilih untuk menginap di Homestay Muslimah 1, Homestay Muslimah 2, Homestay Muslimah 3 dan Homestay Muslimah 7, homestay Al amin1, homestay Al amin 2, homestay pantai dungun, chalet ummi atau motel tanjung jara.  Silalah menempah lebih awal agar persiapan perayaan nanti berjalan dengan lancar.     Homestay Muslimah 1 - No 16 Taman Selasih Perdana 3 Kampung Sura Tengah 23000 Dungun Terengganu Homestay Muslimah 2 - No 15 Taman Selasih Perdana 3 Kampung Sura Tengah 23000 Dungun Terengganu Homestay Muslimah 3 - No 1 Taman Selasih Perdana 3 K...

Selamat Beribadah

Sempena bulan Ramadhan Kareem ini pihak kami ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.  Semoga kita semua dapat beribadah seperti ramadhan kita yang terakhir. Semoga kita semua juga dapat bertemu dan manfaatkan Lailatul Qadar.

Arah Ke Homestay Muslimah 1 Dari Politeknik Dungun

Image
 Untuk pengunjung yang melalui Kemaman untuk ke Homestay Muslimah, saya sertakan peta ringkas yang diambil dari GoogleMaps.   Selepas Pekan Paka, anda akan melepasi Rimba Bukit Bauk dan akan sampai ke Politeknik Dungun iaitu traffic light yang pertama.   Pandu terus dan anda akan melepasi Shell di sebelah kiri dan Petronas di sebelah kanan. Disini adalah traffic light yang kedua. Seterusnya, pandu terus melepasi traffic light ke dua sehingga anda sampai ke traffic light ke tiga.   Ambil simpang ke kanan yang berlabel ke Jalan Lapangan Terbang. Selepas mengambil simpang tersebut, terus ambil simpang pertama di sebelah kiri yang terletak sebelum Gerai Minuman Air Buah Lies Corner. Pandu terus dan anda akan melepasi jambatan konkrit yang merentasi longkang besar. Anda akan tiba di simpang 3. Pusing ke kiri dan memandu sejauh 10-20meter.Anda akan sampai ke simpang pertama di sebelah kiri. Masuk kiri ke simpang tersebut dan pandu terus sehingga ke kawasan perumaha...