Beraya Idil Adha di Dungun


Hari Raya Aidiladha ( عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Kami di Homestay Muslimah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idil Adha kepada tetamu tetamu yang pernah menginap di Homestay Muslimah dan juga pengunjung web log ini.  Kepada yang berada di tanah suci, semoga mendapat yang terbaik.  Kepada yang melakukan ibadah korban, semoga korban kali ini diterima Allah jua.  Kepada yang pulang bercuti ke dungun khasnya dan ke seluruh pelusuk negara, kami ucapkan selamat pulang bercuti.  Semoga perjalanan pergi balik di dalam lindunganNya jua.

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Al Amin 1 dungun

Homestay Dungun : Sewa Bilik Di Chalet Ummi

Motel Tanjung Jara Dungun