Posts

Berkelah di Pantai Dungun

Image
Jika anda berkunjung ke Dungun, samada untuk berurusan di uitm dungun, politeknik dungun, majlis perkahwinan atau apa sahaja urusan dan tugasan, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan pantainya. Kami ingin berkongsi  dengan anda keindahan pantai di Kampung Kuala Abang yang terletak di luar bandar Dungun. Dari Homestay Muslimah, anda akan menuju ke Kuala Dungun dan melepasi jalan ke kampung Seberang Pintasan. Selepas itu anda akan melalui Tanjung Jara dan seterusnya ke Kampung Kuala Abang.  Di Kampung Kuala Abang, sila masuk ke simpang kanan ke klinik Kuala Abang. Selepas itu, ambil simpang yang pertama ke kiri pantai.  Pemandangan dari pantai menghala ke Pantai Tanjung Jara   Kawasan pantai yang luas sesuai untuk berkelah dan berbecue Agak sesuai untuk mandi manda tetapi tidak pasti bahaya atau tidak.  Keadaan pantai agak landai hingga ke tengah laut Berdasarkan google maps, jaraknya adalah 18km.  Tetapi jika me...

Tempahan Homestay Muslimah Dungun

Berikutan dengan pengemaskinian sistem data kami, pihak kami ingin memohon tetamu yang telah menempah penginapan di Homestay Muslimah Dungun agar menghubungi kami untuk update status tempahan penginapan tuan puan.  Kerjasama tuan puan didahulukan dengan jutaan terima kasih.

Majlis Kenduri Pertunangan, Perkahwinan & Resepsi di Homestay Muslimah Dungun

Sempena dengan cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, begitu ramai pasangan mengambil peluang mengadakan majlis kenduri untuk pertunangan, perkahwinan serta resepsi. Memandangkan jangkamasa cuti yang panjang, membolehkan jadual majlis diatur bermula dari 19 hb Januari sehinggalah ke 29hb Januari 2012.   Pihak Homestay Muslimah mengalu alukan kedatangan tetamu yang sudi singgah menginap di sini untuk persiapan sebelum ke rumah kenduri.  Semoga anda semua berasa selesa dan berpuas hati ketika berada di sini.  Terima kasih juga diucapkan kerana sudi menjemput kami ke majlis anda semua.  Apa yang menarik, kad-kad jemputan majlis perkahwinan semakin cantik.  Satu evolusi yang menarik dan kreatif.  Untuk bakal pengantin baru seterusnya, pihak Homestay Muslimah mengalu-alukan kedatangan anda di sini.  Pihak kami menawarkan penginapan 3 buah rumah dengan dua rumah bersebelahan untuk memudahkan urusan anda dan memberikan keselesaan yang anda inginkan. Semog...

Sewaan Bilik Di Homestay Muslimah

Image
Homestay Muslimah menawarkan perkhidmatan sewaan bilik untuk tetamu dalam jumlah yang kecil dengan harga yang berpatutan.  Kelengkapan bilik adalah: Katil dan Tilam Queen size Almari pakaian TV LCD 32" Air cond Bilik air dengan pemanas air. Lokasi terletak berdekatan dengan Homestay Muslimah 1 dan 2.  Sesuai untuk tetamu yang berurusan di SM Sains Dungun,SM Imtiaz, UITM Dungun dan pendaftaran politeknik Dungun.  Tempahan sudah dibuka sekarang.

Temuduga Kemasukan Ke Tingkatan Satu SM Imtiaz Dungun

Image
Bermula pada 5 Disember 2011, Semakan untuk kelayakan ditemuduga bagi pengambilan 2012 telahpun dibuka.  Pautan untuk panduan adalah di http://www.myimtiaz.com.my/v4/ .   Tahniah diucapkan kepada ibubapa yang mempunyai anak yang layak untuk menghadiri temuduga.  Untuk temuduga di Imtiaz Dungun, pihak Homestay Muslimah mengalu-alukan keadatangan anda ke Dungun.  Jika anda memerlukan penginapan, Homestay Muslimah menawarkan penginapan homestay di dungun dengan keselesaan dan harga yang berpatutan.   Homestay Muslimah juga mendoakan keselamatan perjalanan datang dan pulang dan semoga anak-anak tuan puan berjaya di dalam temuduga tersebut.  Semoga segala usaha tuan puan mengutamakan pendidikan Islam mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah swt. Semoga berjaya

Penginapan Homestay Untuk Pendaftaran Politeknik Dungun

Image
Merujuk sumber laman web Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, pengajian pelajar sesi Disember 2011 akan bermula pada 18hb Disember 2011.  Pihak kami ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada bakal pelajar yang akan mendaftar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.  Semoga mendapat ilmu yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya di masa mendatang. Homestay Muslimah mengalu-alukan para ibubapa untuk bertamu menginap di sini.  Kami menawarkan penginapan dengan harga yang berpatutan dan berdekatan dengan pantai (100-150meter) untuk keselesaan pengunjung.  Silalah tempah lebih awal untuk melicinkan lagi urusan pendaftaran di Politeknik Dungun nanti.

Beraya Idil Adha di Dungun

Hari Raya Aidiladha ( عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s. w.t. Kami di Homestay Muslimah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idil Adha kepada tetamu tetamu yang pernah menginap di Homestay Muslimah dan juga pengunjung web log ini.  Kepada yang berada di tanah suci, semoga mendapat yang terbaik.  Kepada yang melak...