Posts

Roomstay Muslimah

Image
Menempah penginapan bilik di Dungun?  Jika anda berkunjung ke Dungun dan memerlukan penginapan untuk jumlah yang kecil, anda bolehlah menempah bilik di Homestay Muslimah.  Terdapat dua buah bilik yang disediakan berhampiran Homestay Muslimah 5.   Jika anda berkunjung dalam bilangan yang ramai pula, anda boleh menempah Homestay Muslimah 5 yang menjadikan jumlah bilik yang boleh ditempah sebanyak 7 bilik. Penginapan ini amat sesuai sekiranya anda dalam rombongan bas terutamanya rombongan pelajar dengan bas yang ingin berkunjung ke Dungun.  Jika datang berkereta, ruang halaman berpagar boleh menempatkan sejumlah besar kereta ahli rombongan.   Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi kami di 019 918 0401 (yusran) atau 013 902 3060 (sal) .  Kami akan sedaya upaya memudahkan urusan penginapan anda di Dungun :)

Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Kali Ke 10

Image
Pihak Pengurusan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun bakal mengajurkan Istiadat Konvokesyen Kali ke 10.   Tarikh konvokesyen akan bermula pada  2 April hingga 3 April 2013.   Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Politeknik Dungun di http://www.psmza.edu.my/ms/ ataupun tentang istiadat konvokesyen di http://apps2.psmza.edu.my/e_konvo/.   Pihak Mukmin Accomodation ingin mengucapkan selamat berkonvokesyen untuk graduan politeknik dan khasnya kepada graduan yang menginap di rangkaian penginapan kami.  Doa kami semoga anda semua selamat di dalam perjalanan datang dan pulang.  Semoga ini menjadi titik tolak kepada siri kejayaan anda semua. Jika anda masih belum mempunyai penginapan ketika majlis konvokesyen nanti, bolehlah hubungi pihak kami untuk tempahan.  Jika rangkaian penginapan kami telah penuh, kami amat berbesar hati untuk menawarkan penginapan rakan-rakan kami yang lain.  Hubungi kami 019 918 0401 (yusran...

Peluang Perniagaan Bersama Homestay Muslimah

Image
Homestay Muslimah telah mula beroperasi sejak Mac 2011.  Matlamat utama kami adalah menyelesaikan masalah muslimin dan muslimat yang bermusafir di Dungun yang memerlukan penginapan keluarga yang selesa dan berpatutan.   Kami bermula dengan sebuah rumah berkembar dan kini semakin berkembang seiring dengan keperluan semasa.  Selaras dengan hasrat hati kami untuk mengembangkan perniagaan kami, pihak kami berbesar hati untuk menjemput mana-mana pihak yang mempunyai kediaman di sekitar bandar Dungun untuk bersama kami. Setakat ini, kami telah mempunyai 7 buah rumah dengan beberapa rakan yang bersama kami melaksanakan joint venture.  Terdapat pelbagai pilihan kerjasama mengikut persetujuan bersama. Jika anda berminat, sudilah kiranya menghubungi kami atau memberikan nombor telefon untuk kami hubungi.

Pesta Konvokesyen UITM Kali Ke 77

Image
Menurut laman web UITM Dungun, Pesta Konvokesyen UITM Dungun kali ke 77 akan berlangsung di Dewan Aspirasi UITM Dungun.  Terdapat 5 Sidang bermula 1 sehingga 3 hb Disember 2012.  Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah layari di laman sesawang  http://terengganu.uitm.edu.my/konvokesyen/   Anda ingin mendapatkan penginapan di Dungun?  Perlukan Bilik untuk majlis graduasi bersejarah anda? Kami di Motel Tanjung Jara menawarkan penginapan sewaan bilik-bilik ataupun rumah untuk menyelesaikan masalah penginapan anda ketika konvokesyen nanti.  Terdapat 5 pilihan bilik untuk ditempah dengan kadar harga bermula RM80 sebilik.  Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Bersantai Di Pantai Teluk Gadong

Image
Pantai Teluk Gadong terletak di kampung Sura Hujung.  Jalan Pantai Sura berakhir di sini dan di sini jugalah letaknya UITM Dungun. Kawasan ini sesuai untuk bersantai dan mengadakan sebarang aktiviti berkumpulan.   Terdapat deretan  kedai makan, surau, taman permainan kanak kanak.  Di hujungnya terdapat sungai dan bersambung ke laut.  Kawasan ini kurang sesuai untuk mandi manda.  Setakat nak membasahkan kaki mencari remis bolehla kot. (ada ke remis di kawasan ni?) Bagi ibubapa yang menghantar anak belajar di Uitm Dungun, bolehlah mengambil peluang bersantai, berkelah di sepanjang pantai di sini. Mencari penginapan berdekatan Pantai Telok Gadong, Dungun? Anda boleh menempah Homestay Muslimah, Dungun.  Terdapat Homestay Muslimah 1, 2 dan 3 di Taman Selasih Perdana 3, Kg Sura Tengah dengan jarak 3km ke pantai ini.  Manakala jarak ke Homestay Muslimah 4 pula lebih kurang 5km. Bagi Homestay Muslimah 5 pula, jarak ke ...

Homestay dungun :homestay Al amin dungun

Image
Ingin mencari Homestay di Dungun? Berkunjung di Dungun dan memerlukan penginapan untuk satu keluarga atau lebih? Rangkaian mukmin accommodation menawarkan pelbagai pilihan homestay untuk dicuba.  Homestay Al amin ini terletak di Taman Sura Jetty 2.  Ia terletak di kawasan yang aman dan merupakan taman perumahan yang baru dibuka.  Lokasinya terletak berdekatan dengan pantai dan Masjid Lama Sura serta SMK Sains Dungun. Peta Lokasi Ruang garaj kereta Pandangan sisi hadapan Ruang tamu dengan tv dan set kerusi Ruang makan Untuk pengunjung yang memerlukan homestay untuk pendaftaran pelajar UITM Dungun atau pendaftaran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, Homestay Al amin 1 ini menawarkan rumah berkembar dengan 3 bilik tidur, sebuah bilik utiliti, dapur serta ruang tamu. Bilik master dilengkapi dengan aircond dan kipas siling. Bilik kedua dan ketiga dengan kipas siling. Garajnya boleh memuatkan 2 biji kereta.    ...

Makan Makanan Laut di Kuala Kemaman

Image
Jika anda sedang dalam perjalanan ke Dungun untuk menginap di Homestay Muslimah, sudi-sudikanlah untuk singgah di Kuala Kemaman.  Kuala Kemaman memang terkenal dengan hasil laut seperti keropok lekor, keropok keping, hasil laut kering dan istimewanya satar, otak-otak dan pais.  Sekiranya anda bertolak dari Lembah Kelang pada waktu pagi, kebarangkalian tiba di Kuala Kemaman adalah lebih kurang pukul 12 tengahari hingga ke pukul 2 petang. Pada kebiasaannya waktu inilah amat sesuai untuk menjamu selera makanan laut terutamanya di Kuala Kemaman.   Jika anda datang dari arah Kuantan, anda akan menempuh Kuala Kemaman sebelum memasuki bandar Chukai.  Mercu tanda untuk ke Kuala Kemaman adalah Masjid Geliga.  Namun demikian, boleh juga mengambil jalan di tepi stesen minyak di simpang empat yang terdapat label ke INTAN Wilayah Timur di sebelah kanan. Terdapat beraneka jenis makanan seperti keropok keping, keropok lekor, satar, otak-otak dan pais.  Di sini...