Makan Makanan Laut di Kuala Kemaman


Jika anda sedang dalam perjalanan ke Dungun untuk menginap di Homestay Muslimah, sudi-sudikanlah untuk singgah di Kuala Kemaman.  Kuala Kemaman memang terkenal dengan hasil laut seperti keropok lekor, keropok keping, hasil laut kering dan istimewanya satar, otak-otak dan pais.  Sekiranya anda bertolak dari Lembah Kelang pada waktu pagi, kebarangkalian tiba di Kuala Kemaman adalah lebih kurang pukul 12 tengahari hingga ke pukul 2 petang. Pada kebiasaannya waktu inilah amat sesuai untuk menjamu selera makanan laut terutamanya di Kuala Kemaman.  

Jika anda datang dari arah Kuantan, anda akan menempuh Kuala Kemaman sebelum memasuki bandar Chukai.  Mercu tanda untuk ke Kuala Kemaman adalah Masjid Geliga.  Namun demikian, boleh juga mengambil jalan di tepi stesen minyak di simpang empat yang terdapat label ke INTAN Wilayah Timur di sebelah kanan.

Terdapat beraneka jenis makanan seperti keropok keping, keropok lekor, satar, otak-otak dan pais.  Di sini saya ingin kongsikan dengan anda tentang makanan kegemaran saya iaitu pais.  Saya syorkan kepada anda gerai makan yang menjual pais yang menjadi kegemaran saya.  

Jika anda masuk dari lorong berdekatan Masjid Geliga, anda pandu terus sehingga bertemu simpang tiga.  Seterusnya ambil ke kanan dan pandu terus.  Di kanan anda akan terdapat deretan kedai makan yang menjual menu yang hampir sama.  Pastikan anda membeli keropok keping di sini.  Rasanya agak sedap berbanding keropok di daerah lain di Terengganu. Gerai yang saya syorkan ini adalah gerai yang paling hujung sekali pada deretan gerai gerai tersebut.

Di gerai ini, anda dapat melihat sendiri bagaimana satar, otak-otak dan pais disediakan.  Pekerja-pekerja gerai di sini juga tidak lokek dan agak peramah juga.  Perkhidmatan juga cepat dan yang pastinya pengunjung dapat menikmati hidangan panas panas terus dari dapur.


Comments

Popular posts from this blog

Homestay Al Amin 1 dungun

Homestay Dungun : Sewa Bilik Di Chalet Ummi

Motel Tanjung Jara Dungun