Memancing Pantai

Pantai Dungun menjanjikan pengalaman memancing yang menarik.  Biasanya Gran Prix Joran diadakan di sini, begitu juga dengan pertandingan memancing yang lain.  Lokasi memancing yang utama adalah di Pantai Teluk Lipat.  (kira-kira 2-3km dari Homestay Muslimah). Pemancing boleh juga memilih untuk menyewa bot fiber kecil yang boleh memuatkan 2orang atau bot yang lebih besar. Biasanya bot fiber ini di letakkan di pantai di sepanjang pantai Dungun ini.
 Pemandangan di pantai yang paling hampir dengan Homestay Muslimah. (Kira-kira 100m dari Homestay Muslimah ke gigi air.
 Pemandangan waktu tengahari. Ada bot fiber kecil telah pulang dari menangkap ikan
 Deretan pantai memanjang sehingga ke UITM Dungun
 Deretan pantai memanjang sehingga ke Kuala Dungun
 Di waktu petang, ramai pengunjung mengambil kesempatan riadah dengan bermain layang-layang pantai di kawasan lapang ini

 Di waktu malam, terdapat juga pengunjung berbebeque di kawasan lapang ini.
 Jalan masuk ke Homestay Muslimah. Gambar di ambil dari pantai paling hampir.
 Label kawasan bahaya untuk mandi.  Di syorkan pengunjung mandi manda di kawasan 1/2 km dari pantai ini.
 Sesuai untuk berkelah di waktu pagi dan petang.  

 Kawasan Pemancing pantai menduga laut. 
 Seorang pemancing pantai mencuba nasib di sini. 1 km dari Homestay Muslimah
 Mengintai umpan hidup yang digunakan. (Udang hidup)
 Di pantai ini, beliau telah mendaratkan Gerong Belang, Todak, Pari, Gelama, Ebek.  Saya tidak pasti istilah untuk nama ikan ini digunakan secara global atau hanya pemancing tempatan.
 Terdapat gazebo/wakaf untuk berehat di tepi pantai
Waktu tengahari yang panas, boleh berehat di bawah deretan pokok rhu pantai.

Comments

Popular posts from this blog

8 Bilik Aircond di Ummi Chalet Dungun berwajah baru (Januari 2015)

Chalet Ummi Ogos 2016

Homestay Pantai Dungun pada September 2014