Telur Terpower di Dungun
Antara warung pagi yang unik di Dungun ini adalah warung telur power. Warung ini terletak di kiri jalan utama (Jalan Dungun Kemaman) di Batu 48. Kebiasaannya pengunjung boleh menikmati sarapan pagi yang pelbagai jenis beserta menu istimewa mereka iaitu telur power.
Telur power ini adalah gabungan telur (telur ayam kampung atau omega) dan dicampurkan dengan rempah ratus istimewa. Rasanya antara gabungan manis (mungkin campuran madu) dan pedas (mungkin halia bara?).
Papan tanda Warung Telur 'Power' di pinggir jalan utama. Di belakang adalah warungnya.
Saya memesan menu utama iaitu nasi lemak ikan aya (tuna). Masih ada pelbagai menu lain seperti nasi minyak, nasi dagang dan lain-lain.
Dua cawan mini telur power yang dipesan bersama rakan, sedia untuk dilupuskan.

Apa Yang Menarik di Warung Telur Power
* Menu sarapan pagi yang pelbagai
* Menu yang eksotik dan ekslusif
* Perkhidmatan yang cepat
Comments
Post a Comment