Posts

Arah Ke Homestay Muslimah 1 Dari Politeknik Dungun

Image
 Untuk pengunjung yang melalui Kemaman untuk ke Homestay Muslimah, saya sertakan peta ringkas yang diambil dari GoogleMaps.   Selepas Pekan Paka, anda akan melepasi Rimba Bukit Bauk dan akan sampai ke Politeknik Dungun iaitu traffic light yang pertama.   Pandu terus dan anda akan melepasi Shell di sebelah kiri dan Petronas di sebelah kanan. Disini adalah traffic light yang kedua. Seterusnya, pandu terus melepasi traffic light ke dua sehingga anda sampai ke traffic light ke tiga.   Ambil simpang ke kanan yang berlabel ke Jalan Lapangan Terbang. Selepas mengambil simpang tersebut, terus ambil simpang pertama di sebelah kiri yang terletak sebelum Gerai Minuman Air Buah Lies Corner. Pandu terus dan anda akan melepasi jambatan konkrit yang merentasi longkang besar. Anda akan tiba di simpang 3. Pusing ke kiri dan memandu sejauh 10-20meter.Anda akan sampai ke simpang pertama di sebelah kiri. Masuk kiri ke simpang tersebut dan pandu terus sehingga ke kawasan perumaha...

Arah Homestay Muslimah Dungun ke Politeknik Sultan Mizan Dungun

Image
Kepada penginap dan bakal penginap Homestay Muslimah Dungun, di sini saya sertakan arah Homestay Muslimah Dungun ke Politeknik Dungun.  Jarak yang dinyatakan adalah lebih kurang 5.2km.  Namun demikian, jika mengikut jalan yang lebih pendek, jaraknya hanyalah lebih kurang 3-4km sahaja. Ini kerana Google Maps belum mengemaskinikan jalan-jalan baru yang lebih dekat. Jarak dan jalan yang dicadangkan oleh GoogleMaps sejauh 5.2km  Arah dari Homestay Muslimah Dungun ke Politeknik Sultan Zainal Abidin Dungun di Jalan Paka

Pesta Candat Sotong di Dungun

Image
Seperti diramalkan oleh otai-otai yang terlibat dalam industri perikanan, tahun ini bakal menjanjikan tahun mencandat sotong yang menarik.  Pada tahun-tahun sebelum ini, candat sotong gagal memberikan hasil yang baik.  Namun, menurut cerita mereka yang telah keluar mencandat pertengahan bulan ini, terutama di Kuala Terengganu atau Marang, hasil yang di dapati menjangkau 30kg untuk kategori bot fiber yang memuatkan dua orang  pemancing. Biasanya bot ini akan membawa pemancing ke tempat sotong bersarang.  Jarak inilah yang menentukan harga tambang untuk mencandat sotong ini.  Pemancing akan turun ke laut selepas waktu asar dan akan pulang pada waktu pagi keesokan harinya bergantung kepada hasil tangkapan.  Jika ingin mencari pengalaman dan tidak pasti samada mabuk laut ataupun tidak, bolehlah memilih untuk menggunakan khidmat bot yang kecil.  Jika anda mabuk laut (seperti saya), boleh balik awal dan tidak menyusahkan rakan-rakan lain yang tegar dan ampu...

Telur Terpower di Dungun

Image
Antara warung pagi yang unik di Dungun ini adalah warung telur power.  Warung ini terletak di kiri jalan utama (Jalan Dungun Kemaman) di Batu 48.  Kebiasaannya pengunjung boleh menikmati sarapan pagi yang pelbagai jenis beserta menu istimewa mereka iaitu telur power. Telur power ini adalah gabungan telur (telur ayam kampung atau omega) dan dicampurkan dengan rempah ratus istimewa.  Rasanya antara gabungan manis (mungkin campuran madu) dan pedas (mungkin halia bara?).  Papan tanda Warung Telur 'Power' di pinggir jalan utama.  Di belakang adalah warungnya.  Saya memesan menu utama iaitu nasi lemak ikan aya (tuna).  Masih ada pelbagai menu lain seperti nasi minyak, nasi dagang dan lain-lain. Dua cawan mini telur power yang dipesan bersama rakan, sedia untuk dilupuskan.   Apa Yang Menarik di Warung Telur Power   * Menu sarapan pagi yang pelbagai * Menu yang eksotik dan ekslusif * Perkhidmatan yang cepat

Pendaftaran Pelajar Baru UITM Dungun

Image
Selamat datang kepada pelajar baru UITM Dungun yang datang bersama dengan keluarga masing-masing.  Semoga bermula tarikh 21 Mei 2011 akan menjadi detik bersejarah kepada anda untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.   Khas buat bakal pelajar Jurusan Sains Komputer UITM Dungun yang menginap di Homestay Muslimah hari ini, di sinilah bermulakan langkah pertama anda. ""A journey of a thousand miles begins with a single step - Confucius" Di sini di paparkan jarak sejauh 2.5 km dan peta dari Google Maps untuk makluman jarak dan arah dari Homestay Muslimah ke UITM Dungun.  Selamat mendaftar! Selepas keluar dari Homestay Muslimah ke jalan utama tepi pantai, ambil kanan dan terus melalui jalan tepi pantai ke UITM Dungun.

Memancing Pantai

Image
Pantai Dungun menjanjikan pengalaman memancing yang menarik.  Biasanya Gran Prix Joran diadakan di sini, begitu juga dengan pertandingan memancing yang lain.  Lokasi memancing yang utama adalah di Pantai Teluk Lipat.  (kira-kira 2-3km dari Homestay Muslimah). Pemancing boleh juga memilih untuk menyewa bot fiber kecil yang boleh memuatkan 2orang atau bot yang lebih besar. Biasanya bot fiber ini di letakkan di pantai di sepanjang pantai Dungun ini.  Pemandangan di pantai yang paling hampir dengan Homestay Muslimah. (Kira-kira 100m dari Homestay Muslimah ke gigi air.  Pemandangan waktu tengahari. Ada bot fiber kecil telah pulang dari menangkap ikan  Deretan pantai memanjang sehingga ke UITM Dungun  Deretan pantai memanjang sehingga ke Kuala Dungun  Di waktu petang, ramai pengunjung mengambil kesempatan riadah dengan bermain layang-layang pantai di kawasan lapang ini  Di waktu malam, terdapat juga pengunjung berbebeque di kawasan lapang in...

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua insan bergelar guru. Segala jasa dan budi guru semua semoga menjadi pahala yang berkekalan. Al Fatihah buat semua guru yang telah meninggalkan kita semua