Aidil Fitri Di Dungun

Bersempena kedatangan Hari Raya Aidil Fitri pada 2012 ini, pihak Homestay Muslimah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog kami ini dan juga tetamu Homestay Muslimah serta Motel Tanjung Jara.  

Pihak kami amat berharap agar anda semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dilimpahi rahmat ketika pulang beraya di kampung halaman masing masing.  Semoga anda semua selamat tiba di destinasi pulang dan kembali semula ke perantauan.  

Sebelum mula bertolak, harap dapat pastikan kenderaan kita telah berada dalam keadaan tip top. Matikan juga suis suis yang tidak perlu.  Boleh juga hidupkan suis lampu tertentu.  Baik juga jika dicabut kepala gas dari balang gas, takut berlaku kebocoran pula.  Jangan lupa setiap kali memulakan perjalanan anda dengan doa meninggalkan rumah agar dilindungi dan juga doa naik kenderaan.  Insya Allah selamat. Jika mengantuk, bolehlah berehat atau tidur di tempat yang selamat.  Pesanan buat pasangan, pastikan chaffeur anda sentiasa segar ketika memandu dengan sentiasa memberikan kata kata semangat dan perangsang :-).  Janganlah pula ada kes semua satu kereta terlena ketika memandu.   Semoga sentiasa selamat.

Akhir kata, pihak kami ingin memohon jutaan kemaafan jika terdapat kekurangan di dalam memberikan yang terbaik untuk anda semua sepanjang perkhidmatan kami.  Semoga dapat bersua lagi di lain kesempatan.


Comments

Popular posts from this blog

Homestay Al Amin 1 dungun

Homestay Dungun : Sewa Bilik Di Chalet Ummi

Motel Tanjung Jara Dungun