Kedai Barangan Halal Dungun


 Jika anda mencari cari kedai runcit yang menjual barangan halal, silalah berkunjung ke I-deal Halal Mart.  Premis ini beralamat di Jalan Baru Pak Sabah,  Taman Omar Al Khattab.  Secara online boleh juga layari di facebook.com/idealhalalmart.  Pemilik premis ini adalah Mohamad Fadhil Husin begitu gigih mengusahakan perniagaan yang hanya berfokuskan barangan yang dijamin 100% halal.
Kawasan tempat letak kereta yang mencukupi

Pelbagai barangan makanan, majalah dan buku islamik

Produk kesihatan dari Era Edar Marketing seperti Examo dan Salindah


Produk cucian, toiletris buatan muslim

Produk makanan halal dari luar negara dan dalam negara

Jika anda sebelum ini sukar untuk mendapatkan ayam organik terutamanya keluaran Az Zain, bolehlah datang ke sini. Kebiasaannya bekalan ayamnya berkala dan tidak putus. Terdapat juga produk sejuk beku lain seperti karipap segera, bebola ikan, sotong yang diproses oleh syarikat muslim.  Selain itu, terdapat pelbagai barangan makanan tin, kotak dsb yang dikeluarkan oleh syarikat muslim samada di dalam negara mahupun yang diimport dari luar negeri.   

Untuk makluman terkini dari I-deal Halal Mart Dungun ini, bolehlah add di facebook anda!

Comments

Popular posts from this blog

8 Bilik Aircond di Ummi Chalet Dungun berwajah baru (Januari 2015)

Chalet Ummi Ogos 2016

Chalet Ummi Mei 2017 (terkini)