Penginapan Rombongan Kenduri Dungun di Homestay Muslimah 5


Mencari penginapan untuk kenduri di Dungun? Jika satu masa dahulu, urusan kenduri yang melibatkan dua bakal pengantin yang berbeza negeri agak sukar untuk diuruskan. Ini kerana kesukaran untuk mendapatkan penginapan untuk urusan persiapan rombongan.  Kini dengan adanya homestay yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan, maka urusan tersebut kini semakin mudah.  Jika anda memerlukan penginapan untuk kenduri di Dungun, Homestay Muslimah menawarkan pakej penginapan yang sesuai mengikut keperluan anda.  

Homestay Muslimah 5 telah beroperasi bermula 24 Ogos 2012.  Rumah sesebuah ini merupakan rumah dengan 4 bilik separa kayu yang telah diubahsuai menjadi homestay yang mampu untuk menampung jumlah keluarga yang agak besar.  

Antara kelebihan Homestay Muslimah 5 ini adalah kedudukannya di 9A Lorong Kenanga yang terletak berdekatan bandar Dungun. Jaraknya dari Pantai Teluk Lipat kurang dari 100 meter.  Kawasan letak kereta di dalam pagar rumah ini boleh memuatkan antara 9 sehingga 15 kereta mengikut sususan dan jenis kereta.  Ini amat sesuai untuk urusan rombongan yang agak besar.

Rumah 4 bilik ini mempunyai 3 katil queensize untuk setiap bilik.  Manakala bilik keempat disesuaikan sebagai bilik solat.  Terdapat ruang dapur yang agak luas serta dua bilik air. 

Bilik Pertama - Katil Queensize
Bilik Kedua - Katil Queensize

Bilik Ketiga - Katil Queensize
Bilik Keempat - Ruang Solat & Menggosok Pakaian

Ruang Famili yang luas
Ruang Dapur dengan peralatan memasak & peti sejuk
2 Bilik air
Halaman rumah yang berpagar dan luas.
Selain dari urusan kenduri ia juga sesuai untuk urusan melibatkan lawatan berkumpulan dengan bas ke UITM, Politeknik Dungun, SM Imtiaz Dungun dsb. Sudilah menghubungi kami untuk makluman lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Al Amin 1 dungun

Homestay Dungun : Sewa Bilik Di Chalet Ummi

Motel Tanjung Jara Dungun