Motel Tanjung Jara
Motel Tanjung Jara mula beroperasi pada awal Ramadhan 2012. Ia terletak di Tanjung Jara, Dungun di lokasi yang hanya beberapa meter dari Tanjung Jara Resort. Dengan adanya jambatan yang menghubungkan Seberang Pintasan dengan bandar Dungun, jarak untuk ke Tanjung Jara dari bandar Dungun telah disingkatkan. Penduduk yang dipisahkan oleh sungai Dungun ini boleh ke bandar Dungun dalam beberapa minit sahaja dan jarak yang lebih dekat berbanding dari Kampung Sura ke bandar Dungun.
Pemandangan dari jambatan yang menghubungkan bandar Dungun dengan Seberang Pintasan. (Gambar dari blog Harikeluargadunsura.blogspot.com) |
Motel Tanjung Jara ini merupakan dua buah banglo beralamat di 5622 Jalan Tanjung Jara, 23050 Dungun. Sebelum ini ia dikenali sebagai Johannes Villa & Guest House yang dioperasikan oleh Bunyamin Abu Qasim atau Ben.
semalaman berape ?
ReplyDelete